Bab 18

96 4 0
                                    

“Panasnya badan kau bintang.” Sayup-sayup aku mendengar suaranya itu. Sempat aku lihat wajahnya sebelum rebah tadi,kacak seperti biasa.

Laith pimpin aku ke tilam untuk berehat bersama oreo. Aku fikir Aniq,ternyata yang kebih kacak dari Aniq. Tak guna punya Ailyn! Nak saja aku call dia untuk menjerkah. Tapi aku terlalu tak larat sekarang.

Laith ke dapur lalu peti sejukku dibuka. Kemudian Laith melihatku dan peti sejuk yang kosong berkali-kali.

“Kenapa kosong? Gaji aku bagi tu tak cukup ke nak beli barang? At least biarlah ada bahan sikit bintang… Ini sampai kosong,” tegas Laith berkata. Dah agak dah. Mesti Laith marah.

“Kau dah makan?” aku tersentak. Aku jem! Tak tahu nak cakap apa. Mesti Laith marah kalau dia tahu.

Aku geleng perlahan.

Laith mengeluh.

Laith buka pula rak-rak yang ada. Entah apalah yang dicarinya itu.

“Kau tak beli ubat ke?” katanya sambil membuka rak terakhir yang ada di dapur itu.

Lagi sekali aku geleng.
Kali ini Laith raup wajah menerima jawapanku itu.

Laith datang padaku lalu bungkusan cool fever dibuka. Dia beri sehelai padaku.

“Makanan dia ada?” soal Laith sambil membelai oreo yang duduk di sebelahku.

“Ada sikit,” jawapku dengan suara serak.
Laith bangun dan berlalu ke pintu untuk keluar.

“Laith.” Laju saja aku memanggil namanya.

“Jangan tinggalkan saya.” Aku sudah jemu ditinggalkan. Ia jadikan aku takut. Dan aku benci perasaan takut itu.

“Don’t worry. I won’t leave you star,” ucapnya lalu dia keluar dari rumah.

Beberapa saat kemudian Laith kembali dengan beberapa bahan masakan.

Aku terkejut. Laith… Nak masak untuk aku?! Masya Allah,rezekinya!

Nak saja aku jerit kegembiraan. Tetapi tekakku sakit jadi aku hanya diam. Biarkan jantung berdegup kencang macam tengah buat konsert.

“Kenapa muka kau macamtu?” soal Laith sambil sengih melihat kegembiraan terlukis di wajahku.

“Aku fikir nak order makanan aje. Tapi teringatkan cerita Rizz yang kau sampai menangis tengok masakan aku tumpah. Jadi aku masakkan.”

Tak guna punya Rizz! Adakah patut dia pergi tokok tambahkan cerita. Tunggulah kalau aku dah sihat nanti,memang tak cukup tanah aku kejar dia. Sekarang aku hanya menyumpah dia dalam hati saja.

Mangkuk dan segelas air diletak di dalam dulung lalu dibawa padaku.

Laith membuka satu meja pendek yang berada di dinding untukku. Dulang di letak atas meja. Agak lama aku pegang mangkuk itu.

“Panaslah bintang!” kata Laith.

Aku abaikan dan terus memegang mangkuk itu. Suhunya sungguh selesa bagiku yang demam ini.

“Kau nak tunggu aku suap ke bintang?” ugut Laith. Lantas aku pegang sudu dan merasa masakan Laith. Bubur nasi. Dengar macam simple tetapi air tangan Laith yang mahal ini menyempurnakan bubur ini.

Dengan rakus aku makan. Mungkin sebab lapar dan sedap.

“Bila last kau makan?” soal Laith pelik apabila aku makan seperti setahun tak tengok makanan.

“Lunch semalam?” kataku perlahan.
Laith menggeleng sendiri.

Kemudian Laith suakan beberapa papan ubat untukku.

“Makan,” suruh Laith.

“Kalau lapar lagi,call aku. Aku ada kerja sikit kat rumah. Jangan risau,aku tak tinggalkan kau,” pesan Laith lalu keluar dari rumahku.

Empat perkataan terakhirnya itu buatkan pipiku merah. Suhu badan ku juga turun dengan mendadak.

Selesai saja makan,aku tolak meja itu ke tepi. Kemudian termenung melihat ubat yang Laith bagi itu.

Aku mengeluh. Nak tak nak,aku tetap kena makan. Aku bukanlah jenis senang telan ubat. Walaupun ubat pil,aku tetap tak suka!

***

AKU terjaga dari tidur dengan terkejut akibat sesak nafas. Laluan pernafasanku seperti ditutup sesuatu.

Aku capai telefon yang berada di dekatku dan membuka aplikasi Contact nama paling atas ditekan lalu membuat panggilan. Berkali-kali aku buat panggilan tetapi satu pun tidak terjawap. Aku hanya mampu berdoa kerana pernafasanku makin lama makin sesak.

Setelah berkali-kali mencuba,akhirnya panggilan terjawap jua.

“Tolong.” Hanya itu saja yang sempat aku cakap sebelum aku pengsan.

***

UNTUK kali kedua,siling putih menghiasi pemandanganku. Bunyi drip air yang turun setitik demi setitik menjadi keriuhan dalam bilik ini kerana bilik ini terlalu senyap.

Kepalaku terasa sangat sakit. Aku pun tak berapa ingat apa yang jadi. Benda terakhir yang aku ingat… Laith mendukungku lalu dibawaku keluar dari rumah. Hah?

“Laith?!”  derasku berkata. Teringatkan Laith,kalau tiada Laith pasti aku sudah mati sesak nafas dirumah.

Pada saat yang sama,seseorang memasuki ruangan ini. Entah macam mana kilang air mataku beroperasi secara tiba-tiba apabila melihat orang itu. Dan orang itu ialah Laith.
Laith kelihatan gelabah apabila tangisanku menjadi makin deras. Aku rasa bersyukur sangat ada orang macam Laith. Aku patut berterima kasih padanya setelah menyelamatkan nyawaku.

Laith gosok batang lehernya.

“Nah makan.” Laith letakkan satu beg plastik di hadapanku. Tangisan yang tadi deras,kini beransur hilang.

“Doktor cakap kau stress. Kau tak boleh pressure diri kau. Lepastu jaga pemakanan. Ini tidak! Dahlah tengah demam,tak makan seharian pula tu,” bebel Laith.

“Ibu masakkan untuk kau. Kejap lagi dia datang dengan Rizz,” kata Laith lalu duduk di kerusi yang disediakan sebelah katil pesakit.

Oh! Baru aku ingat!

“Mana telefon saya?” soalku dengan kadar yang pantas. Aku perlu beritahunya dengan segera. Selain Laith,dia juga penting dalam hidupku.

“Aku dah bagitahu Ailyn.” Laith ni macam tahu-tahu aje apa yang bermain di fikiranku ini.

“Macam mana awak dengan Ailyn boleh rapat?” soalku curiga. Banyak soalan yang aku nak tahu dari dia orang berdua. Tapi,biarlah ianya terbongkar satu persatu.

“Macam tu,” jawapan Laith memang jawapan yang minta penampar. Geram pula aku. Kalau nak soal lagi sekali pun,Laith mesti jawap seperti tadi. Katanya ‘secret’ Ergh menyampah pula aku.

Nampak dari segi pemakaiannya,dia mesti datang dari office. Tubuh Laith masih tersarung dengan kemeja maroon. Lengan baju sudah dilipat dan rambutnya sudah serabut. Wajahnya… Usahlah dikata.

Sedang leka kami berbual,pintu dikuak seseorang dengan laju.

Aku dan Laith terus kalih melihatnya.
Aku terus terlopong besar selepas melihatnya di pintu itu.

YANG TERINDAH | COMPLETEWhere stories live. Discover now