Bab 1

322 4 3
                                    

Iffah terbaring di atas katil, sekarang dah pukul 10 pagi tapi dia masih lagi bermalas malasan di atas katil ya. Orang single macam dia memang ini je lah rutin harian dia kalau hari cuti. Dia buka aplikasi tiktok di telefon dengan niat nak tengok video lawak tapi yang banyak keluar ialah video boyfriend buat surprise dekat girlfriend, video penghargaan isteri kepada suami dia yang terlampau baik dan juga video girlfriend tunjuk boyfriend dia yang terlampau act of services la konon nya. Apa ni? Tiktok pun dah tak hormat orang single sejak lahir macam dia ni ke?

Iffah tutup telefon dia dengan niat nak sambung tidur dia balik tapi telefon dia berbunyi pulak. Nak tak nak kene angkat je lah panggilan tu mana tahu penting kan.

"Hello."

"Hello bestie kuuu." Suara Alin.

Kalau Alin yang call ni bukan benda penting pun. Aduhh kenapa lah aku tak tengok siapa yang call tadi, kenapa lah aku ni bodoh sangat pergi angkat terus panggilan. Iffah mengeluh dengan tindakan diri sendiri.

"Apa?"

"Kau tak busy kan?"

"Busy!"

"Alaa, busy apa nya mesti kau plan nak tidur je kan."

"Apa salah nya kalau aku nak tidur je."

"Salah! Aku nak buat hari-hari kau penuh dengan aktiviti lah Iffah!"

"Aktiviti apa je yang kau nak ajak aku ni Alin melainkan kalau ikut kau pergi dating dengan Imran tu."

"Yalah Iffah! Tu aktiviti jugak kan."

"Aku malas lah Alin."

"Ahh tak ada! Aku tak akan tinggalkan kau. Nanti pukul 2 petang aku dan Imran jemput kau. Kau bersiap tahu!"

"Malas!"

"Tak ada, aku sampai je nanti, aku nak kau dah siap. Okay bye bestieku." Alin terus tamatkan panggilan.

 Iffah pun mengeluh lagi. Tadi dah tengok kebahagiaan dan kemanisan couple di tiktok, tak akan lah lepasni dia nak tengok adengan sweet couple secara life kot. Alin dan Imran tu boleh tahan sweet jugak dorang tu, tak ada siapa nak hormat orang single macam dia ni ke?

Iffah bersiap untuk keluar dengan Alin. Kene lah bersiap kalau tak nanti merajuk pulak si bestie dia tu. Iffah turun je ke bawah, dia nampak mama dia tengah tengok tv dekat ruang tamu.

"Iffah nak pergi mana?" mama tegur Iffah.

"Nak keluar dengan Alin."

"Hati-hati ya."

"Hmmm k."

Tiba-tiba bunyi hon pon pon pon dekat luar rumah, terus Iffah keluar rumah dan pakai kasut. Yalah nanti mengamuk pulak si Alin tu kalau dia lambat kan. Bila Iffah masuk je ke dalam kereta Alin dan Imran tu terus.

"Bestie kuuuuuuu." suara ceria daripada Alin tu tegur Iffah.

"Hmmm."

"Jangan lah buat muka masam macam tu! Senyum lah sikit." Alin yang tak berputus asa nak buat Iffah tersenyum.

"Dah lah, Imran cepat jalan!" Iffah bagi arahan dekat tunang kawan baik dia tu. Kalau nak melayan si Alin tu sampai esok tak habis.

"B, sayang teringin sangat nak makan pizza." Alin buat suara manja bila bercakap dengan tunang dia tu.

"Boleh, jom kita cari pizza nak?" Imran yang sentiasa layan Alin tunang kesayangan dia tu. Sayang kan so turut je lah apa-apa kehendak orang tersayang. Gituuu.

"Nak! Jommmm lah B."

"Jom sayang."

Iffah yang duduk dekat seat belakang tu hanya jadi pendengar setia je lah. Kan dah kata dia akan lihat live kemanisan pasangan kawan baik dia pulak! Redho je lah. Dah nasib dia macam ni kan nak buat macam mana kan.

Perlu kejar ke?Место, где живут истории. Откройте их для себя