“Kau... bukan... papa aku...”

“I’m sorry if I hurt you, sweetheart. At the last of your story, you just work for me. Being a killer for ever. Don’t  dreaming you’ll live in a good palace or good vibes. Because you’re born for being a killer, sweetheart!”

Melihat mata Belle berkaca membuatkan kening Joowan berkerut. Tidak lama itu, dia tergelak kuat melihat air mata yang gugur ke lekuk pipinya. Matanya terpejam erat lalu membukanya perlahan. Ada satu susuk tubuh tegap berada di belakang Joowan. Dia Mr. Gun.

Lelaki yang mahukannya sejak dulu.
Hanya memandang kosong situasi yang berlaku. Hanya duduk bertinggung di atas sofa. Matanya tunak ke arah dua manusia yang licik itu. Jelas matanya juga tajam memandang dua orang di hadapan Belle saat ini.

“Apa ni? Mana perginya sifat pembunuh kau dulu?”

Joowan menunjal kepala gadis itu beberapa kali. Masih tidak ada respon. Pipi gebu Belle juga ditepuk.

“Ini bukan anak aku ni. Roh manis mana yang dah rasuk anak aku ni?”

“Joowan, boleh kau tolong bunuhkan anak dalam perut dia tu? Aku dah suruh banyak kali, tapi tetap juga dia...”

“Jangan... jangan bunuh budak ni.”
Lemah.

Semakin lama, semakin kuat esakannya. Dia hanya memikirkan hartanya yang satu ini. Jika dia tidak berjaya melahirkan, dia harus telan segala kenangan yang perit ini seorang tanpa rasa ‘kemenangan’.
Joowan tergelak sinis.

“Dah mengandung? Cepat kau dengan Tuan Putera tu buat kerja, ya.”

“Kenapa kau bersekongkol dengan dia ni Mirinda?”

“Dia memang kerja bawah papa, Belle.”

Belle panggung kepalanya melihat senyuman sinis milik Joowan.

“Papa memang dah lama cintakan Mirinda. Tapi papa bagi ruang untuk Raja bodoh tu curang dengan bini dia yang mati sebab depression tu. Nasib baik kau tak ikut jejak Maria Ann. Aku yang selamatkan kau dari depresi.”

“Kenapa kau masih bahasakan kau papa dengan aku! Aku benci kau!”

“Sebab akulah papa kau.”

Belle terdiam. Dia cuba mencerna ayat bersahaja dari Joowan tadi. Keningnya hampir bersatu mendengar pernyataan itu.

“Apa yang kau merepek ni? Aku..."

“Akulah papa kau, Belle. Mungkin kau rasa macam diperbodohkan sekarang kan? Semuanya elok terancang dari awal. Akulah dalang yang menyebabkan keluarga diraja tu jadi gila. Semuanya, aku yang buat.”

“Aku memang dah lama berdendam dengan keluarga diraja. Semuanya sebab Emmanuel. Keluarga dia dulu layan orang-orang miskin ni macam anjing. Tengok rakyat gelandangan pun dia masih berpijak di atas hamparan karpet emas. Semenjak itu, aku bertekad ingin menjatuhkan mereka dengan mainan perasaan. Tidak sangka orang tegas seperti Emmanuel mampu jatuh kerana perempuan.

Mungkin banyak benda lagi yang kau tidak tahu tentang aku. Tengok gambar dekat sana.”

Belle menoleh ke arah gambar perempuan tergantung dengan senyuman manisnya. Dililit dengan bunga. Rupanya sama seperti...

“Dia adalah kembar kepada Mirinda. Myranda namanya. Aku curang dengan kakak dia, Mirinda. Myranda adik yang terlalu naif.”

“Itulah ibu kau. Dia pun mati kerana aku. Sebab aku benci dia kerana dia terlalu baik. Dia menyebelahi Emmanuel dan aku sangat rimas! Dan waktu itu tepat saja hari jadi kau yang ke dua tahun, aku datang untuk menyambut hari jadi  kau dan nak menjemput ibu kau ke ‘alam sana’. Dan rancangan aku semakin lancar sehingga ke hari kau dibesarkan di markas aku, Belle.”

Behind The Golden Masquerade [C]Where stories live. Discover now