12 ྀི

10 5 0
                                    

Sudah seminggu Beomgyu cuba mengabaikan Harin, dan ianya berjaya. Harin langsung tidak berniat untuk menegurnya.

Beomgyu yang sedang melukis-lukis kosong di meja belajarnya melirik sekilas pada Harin yang sedang tertidur di sebelah Keeho.

Dia tersenyum sinis,

"Cinta kau pada Soobin memang kuat, kau tak pelik langsung bila tengok aku berubah sebegini," gumam Beomgyu.

Little did he know, sebenarnya, Beomgyu lah yang bermain-main di fikiran Harin sejak seminggu yang lepas. Dia kerap kali memikirkan, adakah Beomgyu tidak mahu berkawan dengannya lagi?

Hatinya rasa tak tenteram apabila melihat Beomgyu sudah tak seceria dulu, hidupnya kosong, semuanya tidak sempurna sejak Beomgyu berubah.

Namun, dia hanya menyimpannya sendiri, Harin tak berani untuk menanyakan pada Beomgyu, juga yang lain. Jadi dia hanya membiarkan sambil terus berfikir-fikir.

Malah di dalam mimpi..

"CHOI BEOMGYU!"

Senyap, semua pelajar di kelas itu menatapnya apabila dia tiba-tiba saja menjerit, walhal dia sedang lena tidur sebentar tadi.

Beomgyu yang sedang melukis juga tersentak. Dia menatap Harin tidak percaya. Adakah namanya baru saja disebut si gadis?

"Yah Harin? Kau gila ke? Mimpi apa sampai mengigau ni?" soal Keeho memecahkan kesunyian kelas itu.

Harin terdiam. Mahu saja dia keluar dari kelas itu dan menyembunyikan wajahnya.

"Haih itulah fikir pasal dia sangat, sampai mengigau," kata hatinya. Dia membongkok pada semua rakan kelasnya sebelum duduk kembali.

Keeho perlahan-lahan mendekatkan dirinya pada gadis itu.

"Suka Beomgyu ya?" bisiknya. Tersedak Harin mendengarnya. Lantas wajah itu ditatap.

"Gila,"

"Habistu? Sampai mengigau pasal dia tu bukan ke suka namanya?"

"Jangan menyibuk lah, Yoon Keeho." Keeho tersenyum nakal mendengar jawapan itu.

"Obvious betul."

Harin mengeluh, matanya automatik melirik pada Beomgyu, dan jantungnya hampir-hampir saja tercabut apabila dia perasan mata lelaki itu menatapnya sedari tadi.

cruel summer, beomgyuWhere stories live. Discover now