epilog ྀི

29 5 0
                                    

"Sayang saya, musim panas sikit lagi dah nak berlalu, mari kita pergi keluar nak?" soal Beomgyu teruja.

"Pergi taman sajalah, saya tiada rasa nak pergi keluar hari ini,"

"Apa-apa saja untuk sayang saya!"

Harin tersenyum, comel betul teman lelakinya ini. Dan ya, lihatlah perubahan dari segi mereka membahasakan diri, jika dulu aku kau, sekarang awak saya. Bak kata Beomgyu lebih sopan menggunakan awak saya.

Petang itu, mereka bergerak ke taman perumahan mereka. Mereka mengambil tempat di bukit-bukit kecil di situ dan duduk bersama.

"Soobin hyung tu bila nak ada girlfriend eh?" soal Beomgyu memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

"Ya Tuhan, Choi Beomgyu! Soalan tu tak boleh random lagi ke," kata Harin.

"Saja tanya, manalah tahu tiba-tiba dia dah ada,"

"Tiada pun, dia kata dia mahu fokus pada pelajaran dulu," kata Harin. Beomgyu mengganguk faham.

"Bagaimana musim panas tahun ini bagi awak? Macam ini atau macam ini?" soal Beomgyu sambil menaik turunkan ibu jarinya.

"Sangat seronok. Saya tak sangka yang saya akan berpunya," akui Harin. Beomgyu tersenyum.

"Bukankah awak pernah kata yang musim panas kali ini begitu kejam pada awak sebab saya hadir dalam hidup awak semasa awak baru saja nak bergembira pada musim panas kali ini?" soal Beomgyu.

Harin tersenyum, teringat kembali kata-katanya itu.

"Tidak, saya salah, sebenarnya, musim panas kali ini adalah yang paling baik sekali, saya hargai sangat kehadiran awak, Beomgyu."

Beomgyu tersenyum juga, dia mencapai tangan Harin dan menggengamnya erat.

"Saya akan pastikan yang musim panas akan datang tak akan berlaku kejam untuk awak, awak akan selalu gembira, kerana Beomgyu akan selalu ada di sisi Harin."

𝐓𝐡𝐞 𝐄𝐧𝐝

cruel summer, beomgyuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin