14 ྀི

17 6 0
                                    

Bunyi loceng berbunyi menandakan tamat sudah sesi persekolahan pada hari itu. Harin melirik sekilas pada Beomgyu dan cepat-cepat mendapatkan lelaki itu.

"Beom-" kata-katanya terhenti apabila lelaki itu hanya mengabaikannya dan terus berlalu keluar dari kelas.

"Woah, apa teruk sangat ke aku layan dia sebelum ni sampai macam ini dia balas?"

Tanpa melengahkan masa, gadis itu segera berlari mengejar Beomgyu. Jeritan demi jeritan dilaungkan, tetapi lelaki itu masih berjalan tanpa menoleh ke belakang.

Akhirnya, mereka sampai di tepi tasik. Beomgyu akhirnya berhenti, mungkin putus asa dalam misi melarikan diri dari Harin memandangkan gadis itu masih setia mengejarnya walaupun sudah hampir sepuluh minit mengejar.

"Eiii Choi Beomgyu! Gila, buat penat aku saja kejar kau," omel Harin. Dia mengeluarkan satu bungkus coklat bersaiz besar dari poket uniform nya dan menghulurkannya pada lelaki itu.

"Nah, aku nak minta maaf sebab layan kau nak tak nak saja selama ni sampai kau jauhkan diri dari aku," kata Harin.

Dia perasan lelaki itu menatapnya sangat dalam ketika itu. Dan semestinya jantungnya sedang berdegup tak terkawal sekarang.

Lama dia menunggu kata-kata dari lelaki itu dan akhirnya dia mengalah, tak sanggup lagi ditatap lama oleh Beomgyu.

Harin berpusing ingin meninggalkan tempat itu tetapi terbantut kerana Beomgyu akhirnya bersuara.

"Bila aku berubah baru kau nak bertindak? Jadi selagi aku tak jauhkan diri dari kau selagi tu lah kau layan aku acuh tak acuh?"

Terdiam Harin dibuatnya. Jauh di sudut hatinya, dia sangat-sangat menyesal atas perbuatannya sebelum ini.

"Padan muka kau Harin, sombong sangat dulu," kutuknya pada diri sendiri.

Dia cuba mengukirkan senyuman untuk tidak terlalu menunjukkan yang dia amat terasa dengan kata-kata lelaki itu tadi.

"Ya, dan aku menyesal sangat, aku mengaku, bila kau tiada untuk tegur aku, hari-hari aku rasa kosong sangat, Beomgyu, aku..aku perlukan kau,"

Wah, sangat unexpected bila kata-kata sebegitu dikeluarkan oleh seorang gadis yang bernama Bae Harin ini. Tetapi akhirnya dilontarkan juga dan orang pertama yang mendengarkannya adalah Beomgyu.

Beomgyu juga tersentak mendengarnya, tak disangka pula Harin boleh berkata sebegitu. Malah dengan Soobin pun tak pernah dia berkata yang dia perlukan lelaki itu.

"Terima kasih untuk coklat ini dan maaf kau." Beomgyu segera berlalu pergi.

Harin tertunduk, dia begitu menyesal sekarang.

"Aku sepatutnya layan semua orang sama."

cruel summer, beomgyuΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα