2 ྀི

36 9 2
                                    

"Harin, Soobin belum sampai?" soal Puan Bae pada anaknya. Harin menggeleng, dia sedari tadi menjenguk-jenguk ke tingkap, mengharapkan kelibat lelaki itu menyapa pandangan.

Bukannya baru sekali, ini memang rutin hariannya untuk menunggu Soobin setiap malam untuk menyertai aktiviti makan malam mereka.

Ibu bapa Harin memang selalu mengajak Soobin menyertai makan di rumah mereka memandangkan ibu bapa Soobin yang selalu berada di luar negara atas urusan pekerjaan dan biasanya Soobin seorang di rumah.

Bunyi loceng berbunyi, Harin segera melihat kamera yang menunjukkan siapa di pintu rumahnya sebelum bibirnya mengukir senyuman.

Segera pintu dibuka dan tubuh tinggi itu dipeluk.

"H-Harin, awak kenapa ni?" soal Soobin, tergamam dengan pelukan yang tiba-tiba itu.

Harin yang perasan dengan tindakan luar biasanya itu segera melepaskan pelukan. Dia tersenyum janggal sebelum menjemput lelaki itu masuk ke rumahnya.

"Soobin dah sampai," ujar Harin pada kedua ibu bapanya.

Mereka mula mengambil tempat di meja makan sebelum loceng rumah berbunyi lagi.

"Oh ya, keluarga Choi dah sampai." Puan Bae segera berlari ke pintu rumahnya.

Kelihatan tiga beranak berada di depan pintu mereka. Dan Harin kenal salah seorang dari mereka.

Choi Beomgyu sedang tersenyum nakal ke arahnya.

cruel summer, beomgyuOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz