15 ྀི

28 7 1
                                    

soobeansss

Harin
awak free bukan?
saya nak berjumpa awak hari ini
pukul 5 petang, di taman
perumahan kita.

Text dari Soobin itu ditatap kosong. Jika sebelum ini, dia sangat-sangat gembira apabila dapat tawaran seperti itu dari Soobin si crush.

Tetapi sekarang, dia tak merasakan apa-apa lagi.

"Pelik betul aku sekarang ni," gumamnya sendiri. Perutnya tiba-tiba berkeroncong, di saat-saat inilah dia tiba-tiba teringat akan ladu buatan Beomgyu.

"Craving nya, agak-agak dia boleh buat lagi tak," dia mencapai semula telefon dan menghantar text pada Beomgyu.

beomgyu

beomgyu
ada buat dumplings lagi tak
aku nak boleh
kalau tak mahu bagi free
jual sajalah
aku beli

"Phew, harap-harap dapat makan hari ni,"

Beberapa minit kemudian, loceng rumahnya berbunyi. Segera dia membuka pintu tanpa melihat skrin yang menunjukkan siapa di luar.

Pintu dibuka, namun tiada sebarang kelibat pun. Yang ada hanyalah dua mangkuk ladu bersama sekeping nota kecil di atas mangkuk itu.

tak perlu bayar, aku bagi free saja.
sama-sama.

"Tiada ucapan 'selamat makan' ke? Dry betul walaupun di dalam kertas," kata Harin sebelum membawa mangkuk itu ke dalam.

Mangkuk dibuka, aroma ladu-ladu itu sekaligus memenuhi ruang rumahnya. Tertutup mata Harin menikmati bau itu.

"Mana dia dapat resepi ni hurhh sedap betul,"

Sambil makan, fikirannya asyik tentang Beomgyu saja. Bagai dilamun cinta pula dia.

Bagai? Rasanya memang dia sudah dilamun cinta.

"Beomgyu, berubahlah menjadi kau yang dulu, aku rindu."

cruel summer, beomgyuWhere stories live. Discover now