3 ྀི

35 9 2
                                    

"Cakap sajalah, yang dia boyfriend kauuu," usik Beomgyu sambil tertawa besar.

"Eish kau boleh diam tak? Orang tua kita tengah bersembang, Soobin pula tengah study, jadi hormat lah!"

"Aku mahu kau mengaku saja,"

"Ya dia boyfriend aku, ada masalah?" selepas mengatakan itu, mata Harin pantas melirik pada Soobin, nasib lelaki itu tidak dengar pembohongannya.

"Wahhh, sepadan, tetapi lagi sepadan bila dengan ak-"

"KAU DAH KENAPA HAH?"

Diam, semua mata memandang ke arah Harin.

"Maaf, Beomgyu kacau saya," ucap Harin sebelum mata tajamnya menikam mata Beomgyu.

"Aku benci ka-"

"Hah, kau suka aku?"

Harin menutup matanya, nasiblah dia mempunyai kesabaran yang banyak, kalau tak, sudah pecah muka lelaki ini.

"Kau tahu, musim panas kali ini terlalu kejam untuk aku,"

"Sebab?"

"Sebabkan kehadiran kau, buat aku annoyed. Aku baru saja mahu bergembira,"

Dalam diam, Beomgyu terkilan sedikit mendengar kenyataan itu. Namun segera dia menepisnya.

"Oh ya, esok aku first day sekolah di sini, jadi, boleh kau teman aku? Takut pula aku tersesat,"

"Aku pergi dengan Soobin,"

"Ala, tak boleh ke aku join?"

"Tanya Soobin,"

Beomgyu segera meluru pada Soobin yang sedang fokus mencatat-catat di iPad nya.

"Hyung,"

Mata Soobin melirik pada Beomgyu,

"Ya?"

"Boleh esok saya ikut hyung dan Harin ke sekolah? Saya baru first day esok," ujar Beomgyu.

"Sudah tentulah, kenapa? Harin tak bagi ke?" soal Soobin.

"Ya, dia suruh tanya hyung pula," Soobin tertawa kecil mendengar itu. Matanya melirik pula pada Harin, sekaligus mereka membuat kontak mata.

Cepat-cepat Harin memandang ke tempat lain, pipinya merona merah, menandakan bahawa hatinya sedang berbunga.

Beomgyu yang perasan dengan itu hanya tersenyum kecil,

"Comel."

cruel summer, beomgyuWhere stories live. Discover now