5 ྀི

38 10 7
                                    

Jendela dibuka, pemandangan langit malam yang dihiasi bintang-bintang yang bertaburan menyapa pandangan.

Dia tersenyum sayu sebelum menopang dagunya, mengagumi keindahan langit malam itu.

"Will my life be as beautiful as this sky?"

"Tak, tak akan, hidup aku akan indah hanya jika Soobin terima cinta aku," katanya, menjawab soalannya sendiri.

Harin mengeluh, meratapi nasibnya. Jujur, dia mahu sangat luah pada sesiapa sekarang, dia memang perlukan seseorang, mahu text Keeho, lelaki itu dikhabarkan sedang sibuk pula sekarang.

Rakan-rakan Soobin? Ya, right choice. Ketiga-tiga rakan Soobin iaitu Yeonjun, Taehyun dan Hueningkai sudah lama tahu tentang perasaannya pada Soobin.

Dan Harin sangat berpuas hati kerana mereka menyimpan rahsia dengan sangat baik.

Tetapi itulah, bukan masa yang tepat untuk meluahkan pada mereka memandangkan mereka sekarang berada di kem musim panas anjuran sekolah.

"Takkan pada Beomgyu?"

"Hai! Tengah broken ke tu?" tepat pada masanya.

Harin menoleh pada bangunan di sebelahnya, terlihat Beomgyu sedang melambainya dari jendelanya sendiri.

Jarak mereka tidak terlalu dekat, tidak terlalu jauh, tetapi cukup untuk mereka dengar perbualan masing-masing.

Dua bangunan yang berbeza, tingkat juga berbeza membuatkan Beomgyu terpaksa mendongak sedikit untuk melihat Harin di tingkat atas.

"Kau ni buat terkejut saja!" ujar Harin. Beomgyu sudah tertawa riang mendengarnya.

"Kau yang lagi buat terkejut, aku tengah duduk bilik tiba-tiba terdengar ada orang cakap sorang-sorang, ingatkan dah gila tadi,"

"CHOI BEOMGYU!"

"Tak baik jerit malam-malam, menggangu orang tidur,"

"Haih, sabar sajalah aku dengan kau ni," gumam Harin.

Beomgyu tertawa lagi sebelum riak wajahnya mendadak berubah serius.

"One sided love, ya, aku faham situasi kau sekarang, Harin. Sumpah sakit, tapi itulah, kita tak boleh paksa untuk mereka sukakan kita," Harin tersentak mendengar itu.

Jadi, Beomgyu tahu tentang perasaannya pada Soobin?

"Kau-kau ta-"

"Sudah tentulah aku tahu, dari cara kau pandang Soobin tu pun aku tahu yang itu pandangan dari seseorang yang sukakan seseorang, sangat lain dari pandangan girlfriend pada boyfriend yaaa," sempat lagi Beomgyu mengusik gadis itu.

"Ah, maaf, aku tipu kau semalam, ya, dia bukan boyfriend aku pun,"

Harin perasaan Beomgyu tersenyum mendengar kata-katanya.

"Kau ni comel la," tersentak Harin mendengarnya, lelaki ini malam-malam puji orang pula.

"Comel? Dari segi apa?"

"Everything, pada aku, kau dilahirkan untuk menjadi orang yang comel,"

Dan ketahuilah, gadis bernama Harin ini sedang bersusah payah menahan pipinya dari bertukar menjadi warna kemerahan yang melampau.

"Dah la kau, malam-malam merepek, pergi tidurlah!" segera Harin menutup jendelanya, meninggalkan Beomgyu.

Beomgyu melepaskan tawa kecil,

"Tengoklah, comel betul, blushing saja salahkan aku pula."

cruel summer, beomgyuWhere stories live. Discover now