13 ྀི

25 5 1
                                    

Sandwich yang sudah siap dibungkus kemas di dalam bekas itu ditatap lama. Patutkah dia berikan pada lelaki itu?

Hanya kata-kata itu yang bermain sedari tadi di kepala gadis bernama Bae Harin. Cadangnya dia mahu berkawan seperti biasa semula bersama Beomgyu seperti sebelum ini, jadi dia membuatkan sandwich untuk lelaki itu sebagai tanda maaf.

Tapi bila difikirkan balik, rasa segan pula dia.

"Membazirnya, benda dah siap dah, takkan tak bagi kot," katanya.

Dia berjalan berlegar-legar mengelilingi rumahnya, kadang-kadang berbaring di sofa, meniarap di lantai, bersandar di balkoni rumah, dan macam-macam lagi aksi yang dibuat.

"Bagi sajalah," keputusan akhir dibuat dan akhirnya bekas berisi sandwich itu dicapai dan dia sedia mahu keluar dari rumah tetapi terhenti apabila ada seseorang di hadapan rumahnya.

"Soobin? Awak buat apa di sini?" soal Harin sedikit gementar, mungkin kerana terkejut memandangkan kehadiran lelaki itu tiba-tiba saja.

"Ah Harin, saya rindulah awak,"

"HEH?!" terbuntang mata Harin mendengarnya. Sejak dia berkawan dengan senior nya yang seorang itu, tak pernah-pernah lelaki itu mengucapkan kata-kata seperti sebentar tadi.

"Awak dah kenapa Soobin? Tak pernah-pernah saya tengok awak sebegini," kata Harin seraya melepaskan tawa janggal.

Mana tak janggal bila crush sendiri berkelakuan begitu.

Dengan tidak semena-mena, pergelangan tangan Harin dicapai, membuatkan gadis itu terdiam seribu bahasa. Jantungnya berdegup kencang, tetapi entah mengapa, degupan kali ini bukan seperti sebelumnya.

Degupan sekarang lebih kepada gementar, bukan kerana excited. Dan Harin betul-betul pelik dengan perubahan pada dirinya sekarang.

"Awak dah tak mahu kawan dengan saya ke, Harin? Saya perasan macam awak tak begitu rapat dengan saya dah," kata Soobin bersama cebikannya.

Soalan itu yang bermain di fikiran Harin sekarang. Malah dia pun tiada jawapannya, mengapa ya? Dia betul-betul keliru dengan dirinya.

Mengapa semua perasaan dan kelakuannya berubah sejak Beomgyu menjauhkan diri darinya?

"Harin, awak tak mahu jawab?" soalan Soobin mematikan lamunan Harin. Harin menggeleng-geleng sambil tersenyum.

"Mana adalah, lately saya banyak sibukkan diri dengan latihan balet saya, pertandingan dah nak dekat kan, mungkin sebab itu. Oh ya, awak mahu sandwich ni? Temanlah saya makan, eomma appa saya tiada di rumah lagi, outstation."

Soobin tersenyum mendengar itu. Kepala dianggukkan teruja sebelum kakinya melangkah masuk ke rumah gadis itu dengan riang.

"Maaflah, Beomgyu, aku gunakan sandwich kau ni untuk tukar topik perbualan dengan Soobin."

cruel summer, beomgyuWhere stories live. Discover now