16 ྀི

14 5 0
                                    

"Jadi, apa sebab awak nak jumpa saya?" perkara itu yang mula-mula ditanya Harin sesampainya dia di taman perumahan seperti yang dijanjinya bersama Soobin.

"Harin, benda yang saya nak cakap ni, saya bagitahu awal-awal tau, saya tak kesah pun kalau awak tak terima, awak jangan rasa bersalah pun tau, saya terima saja apa-apa jawapan awak," gelabah Soobin memesan pada si gadis.

Berkerut dahi Harin melihat lelaki itu yang tak pernah-pernah dilihatnya segelisah itu.

"Apa yang awak nak cakapkan?"

Soobin mengalihkan pandangannya pada tempat lain, beberapa kali dia menghembuskan nafas sebelum dia menarik lagi nafas, kali ini dalam-dalam, sebelum menatap gadis itu pula dalam-dalam.

"Sayasukakanawak,"

"Woa woa apa yang awak cakapkan ni? Lajunya, tak fahamlah," kata Harin. Semakin berkerut dahinya melihat Soobin yang tampak bertambah gelisahnya apabila dia perlu mengulang lagi apa yang baru sahaja dia katakan.

"Harin, saya tahu ini pelik, tapi saya sukakan awak,"

Hampir luruh jantung Harin mendengar itu. Bukan kerana teruja, tetapi terkejut.

Dia juga tak merasakan apa-apa, jadi, benarlah yang Bae Harin sudahpun hilang perasaannya pada Choi Soobin.

Jikalau Harin yang dulu yang sangat-sangat sukakan Soobin, mesti seluruh wajahnya akan bertukar merah dan akan tersenyum-senyum malu mendengar pengakuan dari Soobin tadi.

Ah, rindu pula akan Harin yang itu.

"Soobin, saya minta maaf sangat, saya tak dapat balas perasaan awak, tapi saya nak mengaku, yang saya pun pernah saja ada perasaan yang sa-"

"WOA WOA BAE HARIN SAYA SALAH DENGAR KE NI?" bergema suara Soobin di taman itu membuatkan kanak-kanak, remaja-remaja dan ibu bapa di situ memandang mereka.

Selepas meminta maaf, Soobin membisikkan ke telinga Harin.

"Saya tak salah dengar kan?"

Harin tersenyum dan menggeleng.

"Betullah, oh ya, macam mana awak boleh sukakan saya?" soal Harin. Soobin tersenyum.

"Saya pun tak tahu kenapa, tapi sejak awak jauhkan diri dari saya sejak kebelakangan ni, saya rasa kosong sangat, dan sejak itulah saya perasan yang saya sukakan awak," akui Soobin.

"Itulah juga yang aku rasa bila Beomgyu jauhkan diri dari aku. Maaf Soobin, sebab cinta saya pada Beomgyu saja, awak kena tanggung cinta tak berbalas ini," detik hati Harin.

"Awak pula? Macam mana boleh lose feeling pada saya?" soalan itu mematikan lamunan Harin.

"Oh ya, sejak Beomgyu jauhkan diri dari saya,"

Soobin menutup mulutnya tak percaya. Dia menepuk-nepuk bahu Harin, bagai menanyakan adakah yang dia dengar ini betul.

"Jadi awak sukakan Beomgyu?"

"Nampaknya begitulah, walaupun pada awal mulanya saya memang tak suka dia,"

Soobin tersenyum. Dia melepaskan tawa kecil.

"Itulah, jangan benci sangat, kan dah jatuh cinta," katanya.

Lama mereka terdiam, sebelum Harin memecahkan kesunyian itu.

"Saya minta maaf ya, Soobin."

"Tak mengapalah, saya tahu yang awak pernah sukakan saya pun dah cukup buatkan saya gembira."

Mereka tersenyum sesama sendiri dan akhirnya menghabiskan petang mereka dengan berbual-bual sambil menikmati matahari terbenam.

cruel summer, beomgyuWhere stories live. Discover now