8 ྀི

26 6 4
                                    

"Ha suka sangat, menangis nanti baru tahu," sedari tadi Harin hanya menggumam sesuatu yang tak dapat didengari sambil matanya menikam tajam pada kelibat Beomgyu yang sedang bergelak ketawa dengan riang bersama kumpulan barunya.

Sudah masuk 3 hari Beomgyu rasmi menjadi ahli baru kumpulan itu. Semua menyambut dia dengan baik kecuali Harin semestinya.

"Sibuk saja rapat dengan Taehyun,"

"Hei, awak cakap apa dari tadi ni?" suara lembut Soobin mematikan lamunannya.

"Ha? Mana ada saya bercakap," Harin cuba berdalih. Soobin hanya tersenyum kecil.

"Suka sangat menipu. Oh ya, awak bila nak baik dengan Beomgyu ni? Yang lain okay saja, yang awak masam saja muka kenapa ni?"

Fuh, walaupun soalan itu membuatkan Harin marah, tetapi kerana ianya disoal oleh Soobin, terus reda kemarahannya.

"Dia annoying, plus, awak semua macam dah tak layan saya bila si jengkel tu join kita," kata Harin.

"Harin? Apa yang awak cakap ni? Dan apa yang awak fikirkan? Awak tolonglah jangan kata yang kami semua dah tak layan awak sejak Beomgyu join, awak tahu bukan kami tak akan pinggirkan walau seorang pun dari kita? Jadi jangan fikir bukan-bukan, tak pernah terlintas pun di hati kami yang kami nak pinggirkan awak, Harin," jelas Soobin panjang lebar.

Tanpa sedar, air mata mengalir turun dari pipi mulus Harin. Kata-kata itu sungguh menyentuh hatinya, tambahan lagi, dilontarkan oleh si cinta hatinya, Choi Soobin.

Soobin yang melihat itu segera membawa gadis itu ke dakapannya. Dia menepuk-nepuk perlahan belakang Harin, dengan niat untuk meredakan tangisan si gadis.

"Jangan risaulah, kami akan selalu ada untuk awak, awak tak pernah sendirilah, Harin."

Tanpa sedar, Yeonjun, Beomgyu, Taehyun dan Hueningkai menyaksikan saja adegan tadi.

Ketiga dari mereka tersenyum memandangkan mereka tahu tentang perasaan Harin pada Soobin. Beomgyu juga tahu, tetapi senyumannya berbeza dari yang lainnya.

Satu senyuman sayu terukir,

"Bila lah aku dapat terima yang kau tak akan pernah jadi milik aku, Harin."

cruel summer, beomgyuWhere stories live. Discover now