9 ྀི

25 6 4
                                    

Gadis itu dari tadi hanya menatap skrin yang menunjukkan siapa di hadapan pintu rumahnya.

Tiada niat langsung ingin membuka kerana dia memang tidak suka gerangan yang berada di luar.

"Harin? Kau ada kat rumah ke? Bukalah, aku bawakan dumplings untuk kau tau, rugi kau tak rasa air tangan aku yang terlampau sedap ni," kata Beomgyu dari luar yang Harin dapat dengar menerusi skrin itu.

"Terlampau sedap sangat, entah-entah terlampau tak sedap," kutuk Harin perlahan.

Lama Harin menunggu untuk lelaki itu pergi, Beomgyu juga. Setia menunggu gadis itu membuka pintu.

Setelah beberapa lama, lelaki itu akhirnya mengalah. Dia tersenyum pahit dan meletakkan mangkuk ladu itu di depan rumah Harin.

"Tak mengapalah kalau kau tak mahu buka, tapi aku harap kau makan dumplings ini, ya? Jumpa lagi, Harin."

Beomgyu berlalu pergi. Selepas memastikan lelaki itu betul-betul sudah tiada di situ, pintu dibuka.

Mangkuk ladu itu diangkat, pandangan jijik dilemparkan pada ladu-ladu itu walaupun gadis itu tak dapat nafikan yang bau nya sangat membuatkan perutnya berkeroncong.

Telefon dicapai, segera dia memberikan text pada Soobin.

soobeansss

nak kongsi dumplings bersama?
datanglah rumah saya

oh dumplings Beomgyu ke?
awak makanlah, dia buat khas
untuk awak tu

khas untuk saya?

iya
makan ya, kesian dia kalau
awak tak makan
saya sendiri yang saksikan dia
bersusah payah masak dumplings tu

hm baiklah

Dengusan kasar dihembusnya. Baru saja mahu ada momen baru dengan crush, tapi crush macam sokong dirinya dengan lelaki lain saja.

Penyepit dicapai, dikepitnya satu ladu yang masih panas itu. Dan akhirnya, memasukkannya ke dalam mulut.

"Wah,"

Sesungguhnya, gadis itu sedang terpaku sekarang dek kerana rasa ladu itu.

"Jijik sangat mula-mula kan? Ambik kau Harin, sampai tak sanggup nak kongsi dengan orang lain walaupun dengan Soobin." katanya sambil menyuap lebih banyak ladu ke mulutnya.

"Terima kasih, Beomgyu, dumplings ni sedap sangat."

cruel summer, beomgyuWhere stories live. Discover now