7 ྀི

24 8 1
                                    

"BAE HARIN WE MISS YOUUUU!" 3 orang remaja lelaki berlari-lari anak ke arah gadis bernama Harin itu sambil mendepangkan tangan untuk membawa gadis itu ke dakapan mereka.

Ketiga-tiganya memeluk Harin erat sehinggakan muka Harin hampir bertukar biru dek kerana sesak nafas kerana terlalu erat.

"Wuish kau orang ni, relax lah, itulah siapa suruh pergi kem lama sangat, kan dah rindu Bae Harin ni," kata Harin sambil tersenyum kecil.

Yeonjun, Taehyun dan Hueningkai tersengih mendengar itu.

"Manalah kami tahu, saem yang tetapkan berapa lama kami di kem, bukannya kami yang mahu," kata Yeonjun.

"Itulah, ha Soobin hyung, mana budak baru yang hyung plan nak masukkan dalam kroni ni?" soal Taehyun, menatap lelaki di sebelah Harin.

"Oh, dia di rumah lah, sama apartment dengan kita saja, jadi tiada hal bila-bila mahu berjumpa pun," jelas Soobin. Harin sudah berkerut dahi, siapa budak baru yang dimaksudkan mereka?

"Ada apa-apa yang Harin ketinggalan ke ni? Siapa budak baru yang kau orang katakan? Duduk apartment yang sama dengan kita? Golden Pearl Apartment? Jangan kata-"

"Ya, Choi Beomgyu, dia lah yang bakal jadi ahli baru kroni kita," terang Soobin. Terbeliak mata Harin, tolong, dalam ramai-ramai, mengapa mesti si jengkel itu?

"Ah wae? Tak cukup-cukup ke mereka tiga bagi awak? Kenapa mesti tambah si annoying tu?" soal Harin tidak puas hati.

"Wah Harin, nampak macam tak suka sangat saja, memang teruk ke perangai dia?" soal Kai, jelas terkejut dengan nada Harin yang sangat luar biasa itu.

"Ya, annoying betul,"

"Tak mengapalah, kita terima sajalah dia, lagipun saya pasti, dia tak akan sejengkel si Kai ni, annoying saya dengar gelak dia." kata Yeonjun, melirik sekilas pada Kai.

"HYUNGGGG!" Kai segera mengejar Yeonjun yang terlebih dahulu berlari meninggalkan mereka.

Taehyun tertawa dan ikut sama mengejar mereka. Tinggallah Soobin dan Harin, masih tercegat di situ.

"Selama saya kenal awak, ini memang keputusan paling teruk awak pernah buat." dengan itu, Harin berlalu mengikut yang lainnya pergi dari situ.

Soobin tercengang melihat pemergian Harin.

"Apa teruk sangat Beomgyu buat pada awak sampai awak jadi macam ini, Harin?"

cruel summer, beomgyuWhere stories live. Discover now