🅑.🅦 - 41

1.4K 53 1
                                    

             Hawa yang sedang berdiri di kaunter, memandang ke arah Noah yang duduk tidak jauh darinya. Betul lah kata Noah semalam, hari ini aku sudah sembuh dari demam. Alhamdulillah.

Noah melambaikan tangannya ke arah Hawa dengan kenyitan manja diberi kepada Hawa. Hawa hanya tersenyum dengan ibu jari membuat simbol 'good' terbalik. Noah mengecilkan matanya dengan senyuman senget.

Hawa melepaskan tawa dua saat sebelum Hawa terus menundukkan kepala ke bawah seolah-olah sedang busy apabila Ameera tiba-tiba menghampirinya. Hawa mengira jarinya dengan kening berkerut-kerut. Busy sangat tu.

"Kau tak payah nak kira jari kau yang ada sepuluh tu." Ameera bersuara sambil mencekak pinggang. Hawa mengangkat kepala dengan anak mata memandang Ameera.

"Ni memang rutin harian aku lah. Setiap hari aku akan kira jari tangan aku. Mana lah tahu kan, tiba-tiba jari tangan aku ada 11." Hawa berkata dengan reaksi wajahnya series. Padahal kira jari bukan rutin harian Hawa. Takde kerja Hawa nak kira jari yang terang-terang ada 10 jari itu.

Ameera menggaru kepala yang tidak gatal. "Boleh erh macam tu?" Ameera menyoal. Hawa mengangguk yakin.

"Nanti aku pun nak kira lah. Mana tahu kalau jari aku sekarang ni tengah mengandungkan cucu-cucu jari aku."

Hawa pula yang terpinga-pinga memandang Ameera. Ingatkan aku sorang je bodoh, rupanya orang sebelah aku ni pun lagi bodoh. Haih.

"Tiba-tiba hari ini mamat handsome tu datang sini pula. Kau rasa, mamat handsome tu akan duduk sini sampai malam lagi ke?" Soal Ameera. Hawa memandang Noah yang sedang call seseorang. Tidak lama selepas itu, Noah meletakkan telefonnya di atas meja tanda dia sudah tamatkan panggilan.

"Kau jaga kaunter ni sekejap. Aku nak cakap something dengan dia." Hawa terus menuju ke arah Noah yang duduk di meja bersebelahan tingkap kaca yang besar itu.

Noah mengukir senyuman ke arah Hawa yang sedang menghampirinya. "Kenapa tee rak? Awak rindu saya yeee?" Noah menyoal dengan nada meleret. Hawa menggulingkan anak matanya, acah-acah menyampah.

"Ikan alu-alu, Ikan kelah, kalau rindu, mengaku jelah." Noah memberi pantun dengan senyuman menggodanya itu. Hawa melepaskan tawa kecil dengan kepala digeleng.

"Awak pergi lah kerja. Nanti staff-staff awak kata apa pula kalau awak tak datang kerja."

Noah menyandarkan tubuhnya di kerusi. "Taknak."

Hawa menghela nafas kecil. Perangai keras kepalanya itu langsung tidak berubah.

"Awak taknak kahwin dengan saya ke, tee rak?" Noah menyoal selamba.

"Taknak." Balas Hawa seperti mengajuk percakapan Noah tadi. Noah bangun dari duduknya. Hawa mendongak sedikit memandang Noah yang tinggi lampai itu.

"Kenapa taknak? Saya tak cukup handsome ke? Atau saya tak cukup sweet? Atau..awak masih tak maafkan saya fasal hal haritu?" Noah menyoal dengan kening dijongket sebelah. Hawa menganggukkan kepalanya.

"Saya tak cukup handsome?" Noah menyoal dengan kening berkerut. Biar betul Hawa ni? Aku sendiri pun tak nafikan yang diri aku ni handsome.

Hawa menggelengkan kepalanya tanda bukan disebabkan Noah tidak handsome, Hawa menolak lamaran Noah.

"Saya tak cukup sweet?" Noah menyoal lagi. Noah memang tidak pandai memberi ayat romantik kerana Noah tidak pernah bercinta. Ayat pickup line sebelum ini pun, Noah gigih mencari di google. Hahah!

Hawa menggeleng lagi.

"Awak masih tak maafkan saya?" Noah menyoal dengan nada lirih. Hawa menganggukkan kepalanya.

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now