🅑.🅦 - 38

680 33 0
                                    

                Hari ini, sudah masuk hari kedua, Hawa tidak bertemu Noah. Iye lah, Noah berada di negara Thailand. Memang tak akan terserempak dengan Noah di Kuala Lumpur ini.

Dan hari ini juga, sudah masuk dua hari Hawa demam. Balik sahaja dari HN's Holding semalam, Hawa terus rasa tidak sedap badan. Hawa juga balik kerja awal kerana Hawa tidak sihat.

Hawa menghela nafas berat. Kepala yang berdenyut, dipicit sekejap. Hawa bangun dari pembaringan dengan wajahnya berkerut menahan sakit yang menyengat di kepala.

"Dah lama aku tak demam. Tiba-tiba pula semalam demam buat surprise." Hawa berkata seorang diri di dalam biliknya itu. Hawa termenung sekejap memandang lantai. Tiba-tiba Hawa rindu pula dengan kerusi empuk dekat bilik kerja Noah itu. Mungkin Hawa bayangkan yang Hawa duduk di atas riba Noah kut. Hahah!

"Rindunya..bila dia nak balik?" Hawa menyoal seorang diri dengan nada lirih. Hawa menggemamkan bibirnya sekejap.

"Aghh..rindu gila dekat Noah! Hish! Apasal dengan aku ni? Mamat macam tu juga aku nak rindu! Eghh!" Hawa mengambil bantal lalu Hawa membaling ke arah dinding. Dah macam orang gila pun ada. Gila cintakan Noah.

"Tak boleh jadi ni. Aku kena pergi juga tempat kerja dia." Hawa terus turun dari katil. Sesekali Hawa terbatuk-batuk kerana masalah dirinya yang tidak sihat. Dah tahu diri tak sihat, nak juga pergi lepaskan rindu dengan berkunjung ke tempat kerja Noah.

Hawa hanya pakai ala kadar aje kerana Hawa tiada mood mahu berpakaian cantik. Sementara Hawa sedang bersiap, Hawa sempat lagi menempah grab. Kalau nak pandu kereta, kereta mana ada dekat halaman rumah tu. Linda awal-awal pagi lagi sudah bawa kereta itu pergi ke tempat kerjanya iaitu di syarikat N's Holding.

Apabila Hawa sudah siap, Hawa terus keluar dari bilik. Kepala yang berdenyut, Hawa hanya abaikan. Hawa menuruni tangga lalu Hawa menuju ke pintu utama.

Hawa mengukir senyuman sebaik sahaja grab sudah sampai di masa yang tepat. Hawa mengunci pintu terlebih dahulu sebelum Hawa membolos masuk ke dalam kereta.

"HN's Holding." Kata Hawa ringkas. Pemandu grab itu menganggukkan kepala sebelum dia mula memandu.

"Uhuk! Uhuk!" Hawa menekup mulutnya. Kepala yang berdenyut, dipicit Hawa. Pemandu grab memandang Hawa melalui cermin pandang belakang.

"Cik tak sihat ke?" Soal pemandu grab itu dengan ramah. Hawa hanya menganggukkan kepalanya.

"Cik nak panadol?" Soal pemandu grab itu lagi. Hawa hanya menggelengkan kepalanya.

"Tak mengapa lah. Saya dah makan ubat tadi." Nafi Hawa dengan senyuman manis. Hawa makan ubat? Hawa ni orangnya memang susah nak makan ubat.

Pemandu grab itu menganggukkan kepala tanda mengerti.

Sesampai sahaja di hadapan bangunan HN's Holding. Hawa mengucapkan terima kasih kepada pemandu itu sebelum Hawa melangkah keluar dari kereta.

Hawa terus menuju ke pintu kaca yang besar itu. Hawa masuk ke dalam bangunan HN's Holding itu. Senyuman manis dilemparkan ke arah Emylia yang berada di kaunter lobi. Emylia melambaikan tangannya ke arah Hawa dengan senyuman lebar. Padahal baru berkenalan semalam, tetapi hari ini mereka berdua sudah seperti kenal bertahun lamanya.

Hawa menuju ke lif lalu Hawa menekan butang lif. Sebaik sahaja pintu lif sudah terbuka, Hawa melangkah masuk ke dalam lif. Anak mata Hawa terpandang ke arah seorang wanita yang turut masuk ke dalam lif itu.

Hawa mengerutkan kening apabila wanita itu sedang mengorek hidung. Hawa menggaru kepala yang tidak gatal. Dia tak nampak aku ke?

Apabila sudah sampai di tingkat 19, wanita itu keluar dari lif dengan tangan masih mengorek hidung. Terkebil-kebil mata Hawa memandang wanita itu.

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now