🅑.🅦 - 33

629 30 0
                                    

              Hawa melambaikan tangannya ke arah Linda yang sedang berlari ke arahnya. Sampai sahaja di hadapan Hawa, Linda tercungap-cungap mengambil nafas. Penat berlari sekeliling taman yang luas ini.

"Aku punyalah penat berlari! Kau boleh melepak dekat sini?!" Linda bersuara dengan nada suaranya meninggi. Linda melabuhkan punggung di sebelah Hawa dengan nafas dihembus berat.

"Hehe, aku penat lah wey. Sepatutnya kita joging je waktu petang." Hawa berkata sambil mengurut-urut bahu kanan Linda.

"Petang panas! Kau tengok lah cuaca sekarang ni, haa tak ada lah panas sangat."

"Kesian kau, mesti kau haus kan?" Hawa menyoal simpati dengan tangannya masih tidak henti mengurut bahu Linda. Linda mengerling ke arah Hawa dengan kepala di angguk.

"Aku rasa berat badan aku dah turun 10 kg lah. Aku rasa ringan je badan aku sekarang ni." Linda berkata sambil meregangkan ototnya. Hawa berhenti dari mengurut bahu Linda.

"Agak-agak lah sampai 10 kg berat badan kau turun. Kau joging satu round je pun. Bukannya lima round!"

"Kalau aku joging lima round, memang terputus lah kaki aku."

Hawa mengangguk tanda setuju. Hawa pun tak nafikan. Joging satu round taman ni pun sudah penat, apatah lagi lima round.

"Jom kita beli air. Aku haus lah." Linda terlebih dahulu bangun dari duduk. Hawa juga turut bangun.

"Hari ini biar aku belanja kau air." Hawa memeluk lengan Linda lalu mereka berjalan menuju ke tempat parking kereta. Awal-awal pagi begini, mana ada orang jual air dekat taman. Jadi mereka perlu ke kedai. Alang-alang tu, boleh makan sekali.

"Linda, kalau orang macam aku ni, masuk dekat dalam HN's Holding, kau rasa staff dekat sana akan pandang aku pelik tak?"

Berkerut kening Linda sebaik sahaja Hawa menyoal tentang HN's Holding. "Kau dah kenapa tiba-tiba cakap fasal syarikat tu?" Linda menyoal kembali.

"Jawab lah dulu pertanyaan aku." Hawa mendesak sambil menggoyangkan lengan Linda. Linda menjongketkan bibirnya.

"Erm tak pelik kut. Tetapi kalau kau pakai kain batik pergi sana, memang orang akan pandang pelik."

"Ish kau ni. Tak akan lah aku nak pakai kain batik pergi sana pula!" Hawa mempamerkan reaksi cemberut. Jatuh lah reputasi Noah kalau aku datang syarikat dia dengan berpakaian kain batik! Eh kejap, apasal pula jatuh reputasi Noah? Jatuh reputasi aku lah! Aku juga yang kena gelak dengan staff-staff dekat situ.

"Wait, kau nak pergi sana ke?" Linda menyoal dengan reaksi penuh tanda tanya. Cara Hawa cakap itu seperti Hawa ada niat mahu ke sana.

Hawa menelan air liur lalu Hawa menggelengkan kepalanya dengan laju. "Mana ada. Buat apa pula aku nak pergi sana?" Hawa bersuara dengan nada mendatar. Lagipun Noah kata, kalau Hawa rindu Noah, Hawa boleh datang ke sana. Jadi sekarang Hawa langsung tiada perasaan rindu terhadap Noah. So, memang tak lah Hawa nak pergi ke sana.

Linda mengecilkan matanya memandang Hawa. "Kau nak kerja dekat sana ke, Hawa?" Linda menyoal. Terbeliak mata Hawa apabila Linda menyoal soalan begitu.

Aku kerja sana? Heh memang lamberttt lagi! Dekat kafe tu pun dia boleh kacau aku, apatah lagi kalau aku kerja sebumbung dengan dia!

"Aku tanya je, yang muka kau macam tertelan taik kucing tu kenapa?"

Hawa mengerling ke arah Linda lalu Hawa hanya mengukir sengihan. "Kau tahu ke fasal syarikat HN's Holding tu?" Hawa menyoal Linda.

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Donde viven las historias. Descúbrelo ahora