🅑.🅦 - 28

725 34 0
                                    

             "Mana Hawa ni? Dah merata tempat kita cari! Nak terkehel dah leher saya ni sebab asyik melilau-lilau dari tadi." Linda membebel sambil mencekak pinggang. Redyan menguak rambutnya ke belakang dengan nafasnya tidak teratur kerana penat berlari sana sini.

"Mungkin diorang dah balik." Redyan membuat andaian sendiri dengan nada suaranya hanya mendatar. Linda menjeling tajam ke arah Redyan.

"Awak jangan macam-macam erh! Saya dah start risau ni! Macam mana kalau mamat CPR tu buat benda bukan-bukan dekat Hawa? Dia bawa Hawa pergi rumah dia, lepastu dia akan-"

"Hoi hoi! Aku kenal perangai member aku macam mana tau! Sejahat-jahat dia, tak pernah lagi dia mengandungkan anak dara orang!" Redyan memotong percakapan Linda sebelum Linda merapu lagi.

"Dia tak mengandungkan anak dara orang? So dia pernah mengandungkan janda lah?!" Linda bersuara dengan nada kuat dan menyebabkan beberapa orang yang lalu lalang memandang ke arah mereka.

"Yahh! Jigulle?! Buat apa pula Noah nak mengandungkan janda? Eih nasib baik kau ni perempuan, kalau kau ni jantan, memang aku dah smackdown kau dekat sini! Biar kau tak boleh berak setahun!"

Linda mengerutkan keningnya. "Jigulle itu apa?" Linda menyoal Redyan. Redyan menghela nafas berat. "Kau ni tak tahu bahasa korea ke? Aku tengok lockscreen kau tu terpapar gambar oppa korea. Tetapi bahasa korea pun kau tak tahu."

"Itu jugulle! Bukannya jigulle!" Linda menyingsingkan lengan bajunya seolah-olah mahu belasah Redyan.

"Apa-apa jelah. Asalkan ada gulle dekat belakang perkataan." Redyan bersuara seperti tidak mahu kalah. Redyan menggaru sebelah keningnya yang tidak gatal.

"Dekat mana lagi kita nak cari diorang?" Redyan menyoal Linda. Redyan sudah bosan berada di sini. Ke mana sahaja Redyan pergi, pasti ada mata yang memandang ke arahnya. Maklumlah, lelaki kacak memang menjadi rambangan mata para wanita.

"Tadi awak juga yang kata diorang dah balik kan? So diorang dah balik lah." Linda bersuara dengan nada mendatar. Redyan mengerutkan keningnya.

"So kau nak biarkan je?" Redyan menyoal.

"Tak. Saya nak buat report polis." Linda membuka langkah mahu keluar dari mall ini. Linda mahu pergi ke balai polis untuk membuat report.

Terbutang mata Redyan sebaik sahaja mendengar Linda berkata mahu membuat report.

"Hoi! Hoi!" Redyan mengejar langkah Linda sehingga Redyan berdiri di hadapan Linda.

Langkah Linda terhenti apabila Redyan menghalang laluannya. "What? Awak jangan nak halang saya ye. Saya tetap akan buat report polis sebelum perkara buruk terjadi pada Hawa!"

"Kau gila ke? Kan aku dah kata, Noah tak akan buat perkara yang bukan-bukan dekat Hawa! Noah tu bukannya bersedia lagi nak jadi bapak orang! Diri dia sendiri pun tak terurus, apatah lagi nak uruskan anak-anak dia nanti!"

Linda mencekak pinggang. "Awak yakin betul ye yang Noah tak akan buat benda yang bukan-bukan dekat Hawa. Awak dah lupa ke yang Noah hampir nak cium Hawa?!"

"Sshhhh!!" Redyan menekup mulut Linda apabila suara Linda terlampau kuat. Linda menepis kasar tangan Redyan.

"Awak jangan sentuh saya! Walaupun saya ni pantang nampak lelaki handsome, tapi saya masih menjaga batas! One, two, three, don't say three, chau!"

Linda sambung berjalan sehingga Linda sudah jauh dari Redyan. Redyan mengerutkan keningnya dengan anak mata masih merenung Linda.

"One two three, don't say three? Apa minah tu merepek?" Redyan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now