🅑.🅦 - 3

2.1K 91 3
                                    

               Aku mencelikkan mata lalu aku menggeliat untuk meregangkan otot. Harap sewaktu aku meregangkan otot ni, takde saraf terbelit ke apa.

Wah! Guess what? Malam tadi aku mimpi kena peluk! Hahah! Siapa entah yang peluk aku tu. Tetapi macam real lah pula aku kena peluk.

Agh! Entah-entah jin toncet yang peluk aku.

Aku turun dari katil dan melihat jam di dinding. Sudah pukul enam pagi!

Herm masih awal untuk aku mulakan kerja sebagai bibik.

Kalau nak solat subuh pun, aku period.

Hermm. Agaknya apa bibik perlu buat di awal pagi begini? Agh, kita tanya abe google lah.

Aku mengambil telefon Lenovo yang berada di atas meja lampu lalu aku membuka aplikasi Google.

"Pukul enam, basuh baju. Erh, awal nya basuh baju! Haih, nasib baik mudah aje basuh baju ni."

Aku meletakkan kembali telefon di atas meja lampu lalu aku menuju ke bilik air. Mahu membersihkan diri terlebih dahulu. Takkan lah aku nak bekerja dengan keadaan muka lepas bangun tidur ni?

Aku masuk ke dalam bilik air lalu aku menghampiri singki. Aku memandang ke arah cermin yang memantulkan diri aku sendiri.

Hermm nampak cantik lah pula muka aku ni.

Aku membelek wajah aku dengan senyuman manis.

Jangan terpedaya dengan cermin tandas! Bila aku tengok cermin tandas, aku sudah seperti bidadari dari syurga. Tetapi bila aku tengok cermin luar tandas, sudah seperti bidadari dari neraka.

Haih! Kenapa lah cermin zaman sekarang pun pandai scam?

Hermm tetapi memang cantik betul muka aku yang dalam cermin tu.

"Cantiknya awak! Siapa nama awak?"

Aku menyoal cermin yang memantulkan diri aku sendiri. Okey aku rasa saraf otak aku dah tak betul.

krik krik

"Ouh, sombong! Mentang-mentang kau ni cantik, lepastu kau nak sombong lah dengan aku?"

Aku mencekak pinggang memandang diri aku di dalam cermin. Eih panas pula hati aku melihat muka acah garang di dalam cermin itu!

"Apa pandang-pandang?"

Aku menyoal seperti ingin mencari gaduh.

krik krik.

"Okey macam ni, kau kenal Hawa Hauliya?"

Aku menyoal dengan kedua-dua belah kening dijongket.

"Pft! Takkan lah kau tak kenal, penyanyi yang popular tu. Suara dia meletop tau! Haa kau pandai ke menyanyi macam Hawa Hauliya tu?"

Krik krik.

"Hah? Tak pandai? Hahah! Lemah! Kau dengar sini erh. Aku nak nyanyikan sebuah lagu yang setakat ni aku hafal lirik dia."

Aku berdehem. Aku akan nyanyikan lagu Ku bahagia by Melly Goeslaw

"Ku ingin nikmatiii!!~" Aku mula menyanyi dengan penuh bersemangat.

"Segala jalan yang ada di hadapkuuu!~"

"'kan kutanamkan cinta tuk kasihkuu~"

"Agar, kau bahagiaaa!~"

Itu lagu untuk aku hilangkan stress by the way hahah tetapi sewaktu aku duduk serumah dengan Linda, Linda yang selalu berkaraoke. Dangdut? K-pop? Jiwang? Haa semua dia tahu.

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now