🅑.🅦 - 40

889 32 0
                                    


           Hawa mencelikkan matanya. Hawa menghela nafas berat apabila kepalanya kembali berdenyut. Hawa cuba untuk buka matanya dengan luas. Hawa menundukkan kepalanya lalu Hawa mengesotkan tubuhnya untuk duduk bersandar di kepala katil.

Apabila Hawa mengangkat kepala untuk melihat ke hadapan, mata Hawa terus terbeliak apabila melihat seorang lelaki sedang duduk bersila di atas hujung katil.

"Hai." Redyan melambaikan tangannya ke arah Hawa. Baru hari ini Redyan dapat melihat Hawa secara bersemuka.

"Siapa awak?" Hawa menyoal dengan kening berkerut.

"Nama aku, Redyan Emilio. Sahabat kepada.." Redyan tidak habiskan ayatnya, malah, Redyan menunding jari ke arah Noah yang sedang tidur dengan posisi duduk di atas kerusi.

Kepala Hawa terus berpaling ke arah yang ditunjuk Redyan. Tergamam Hawa apabila melihat Noah sedang tidur di atas kerusi. Kepala Noah tersengguk-sengguk ke hadapan.

"Dah lama ke Noah tidur?" Hawa mengalih pandangan ke arah Redyan. Redyan menongkatkan kedua-dua belah tangannya kebelakang.

"Baru je dia tidur. Dia tunggu kau bangun, tapi kau tak bangun-bangun. Dia ingatkan kau dah mampus, lepastu dia pun tidur lah." Kata Redyan dengan nada selamba. Hawa mengecilkan mata memandang Redyan. Nak kena pelempang Hawa agaknya Si Redyan ni.

"Mana Linda?" Soal Hawa. Sudah lah di dalam bilik ini ada dua lelaki! Mana tak berdebarnya Hawa?

"Dia pergi dapur kejap. Katanya nak ambilkan air yassin." Gurau Redyan dengan nada masih selamba. Hawa mengerutkan kening.

"Kenapa dia nak ambil air yassin?" Soal Hawa tidak mengerti. Redyan menghela nafas berat. Susah cakap dengan orang lurus bendul ni.

"Kan aku dah kata, kitorang ingatkan kau dah mampus. Sebab tu lah Linda nak ambil air yassin untuk jirus atas badan kau." Kata Redyan lagi.

Terpinga-pinga Hawa memandang Redyan.

"Macam tu je erh awak gula-gulakan Hawa. Itu kalau Noah dengar, memang basak lah awak." Linda menyampuk sebaik sahaja Linda tiba di dalam bilik Hawa.

Redyan mempamerkan reaksi menyampah. "Kau ingat aku ni pengecut ke? Setakat Noah, kau ingat aku taa.." Apabila anak mata Redyan terpandang ke arah Noah yang sedang merenungnya tajam, Redyan terus berdehem. Sejak bila mamat tu bangun?

"Aku nak solat Asar kejap." Redyan berkata sambil turun dari katil. Anak matanya melirik lagi ke arah Noah yang sedang merenungnya.

"Eh Noah, bila masa awak bangun?" Hawa menyoal Noah yang sedang memandang Redyan. Noah terus mengalih pandangan ke arah Hawa. Senyuman manis diberi kepada Hawa. Hawa juga turut tersenyum. Sumpah Hawa rindu dengan senyuman Noah.

Noah terpaku melihat Hawa tersenyum. Noah berdehem. Mahu hilangkan rasa berdebar di dada.

Linda hanya mengerutkan kening melihat Hawa dan Noah berbalas senyuman. Ekhem, hormat sikit diri aku yang single ni. Oh silap, bukan single. Ada je husband, cuma husband kerja jauh. Sedih betul bila husband kerja pelakon ni. Huhu

"Bukan ke awak sepatutnya ada dekat Thailand, tujuh hari? Harini baru hari ke lima." Hawa bersuara mahu hilangkan rasa sunyi di dalam bilik itu.

"Saya balik ke Malaysia sebab urusan dah selesai." Kata Noah. Hawa hanya menganggukkan kepala. Noah masih tersenyum-senyum apabila teringat Hawa datang ke HN's Holding tadi. Itu bermakna, Hawa rindukannya. Oh diri ini terasa mahu berjoget.

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now