🅑.🅦 - 8

1.4K 65 1
                                    

Aku menghampiri bilik Noah yang hanya bersebelahan dengan bilik aku. Sesampai sahaja di hadapan pintu bilik Noah, aku mengetuk pintu terlebih dahulu.

Aku menunggu Noah membuka pintu tetapi pintu masih belum dibuka.

Aku mengambil keputusan untuk masuk sahaja ke dalam bilik. Aku memulas tombol pintu sebelum kepala aku mengintai sedikit ke dalam bilik.

Ye lah, risau juga kalau Noah baru lepas mandi dengan tubuh dia hanya dibaluti tuala. Tak pasal-pasal dia cop aku ni menggatal lah, itu lah ini lah. Haih..

Aku melihat Noah nyenyak tidur di atas katil. Aku menghampiri Noah lalu aku meletakkan ubat itu di atas meja lampu.

Aku memandang lagi ke arah Noah dengan pandangan sayu. Aku melihat bibir Noah menggigil. Nafas Noah juga seperti tersekat-sekat.

Noah ni demam atau nazak?

Rasa kasihan pula dengan minion ni. Nak aje aku peluk tubuh dia yang menggigil kesejukan tu. Tetapi nanti girlfriend dia terajang aku pula.

Apa aku nak buat erh? Atau aku kena letak lagi selimut tebal di atas badan dia? Walaupun aku sudah turunkan suhu aircond, Noah tetap menggigil kesejukan.

Aku menghampiri almari Noah lalu aku membuka pintu almari tersebut. Aku tersenyum melihat pakaian Noah yang tersusun kemas.

Aku mencari selimut extra di dalam almari ini.

Sedang aku mencari, anak mata aku terpandang ke arah satu kotak yang berwarna putih.

Entah mengapa, bagaikan ada sesuatu yang bisik kepada aku agar aku mengambil kotak itu.

Astaghfirullahalazim, bisikan syaitan.

Aku menggelengkan kepala aku lalu aku kembali mencari selimut extra. Apabila tiada, aku menggaru kepala aku yang tidak gatal.

Haih, guna selimut aku dulu lah. Nanti pandai-pandai lah aku minta balik dekat Noah.

Aku membuka langkah keluar dari bilik Noah lalu aku masuk ke dalam bilik aku yang bersebelahan bilik Noah.

Setelah mengambil selimut, aku keluar dari bilik.

Tiba-tiba Nazril keluar dari biliknya dengan anak matanya memandang tepat ke arah aku.

Alamak! Dia tak pergi kerja ke harini? Harap dia tak fikir bukan-bukan lah. Risau juga kalau dia fikir aku nak tidur dengan Noah sebab aku bawa selimut.

"Kau buat apa dengan selimut tu?" Nazril menyoal hairan.

"Err selimut ni saya nak bagi Noah sebab dia sejuk sangat tu sampai menggigil." Jujur aku.

"Kau tutup je lah aircond yang ada dekat dalam bilik dia tu. Lepastu biarkan aje dia berpeluh."

Aku menggemamkan bibir aku. Tak sampai hati lah pula aku nak biarkan Noah berpeluh.

"Kau letak balik selimut kau tu dalam bilik. Tak perlu nak jaga si Noah tu macam dia tu anak kau. Dia tu dah besar." Nazril berkata lagi lalu dia membuka langkah menuruni tangga.

Aku mengeluh hampa lalu aku masuk kembali ke dalam bilik untuk meletakkan selimut.

Aku duduk di birai katil dengan anak mata memandang dinding.

Sekarang sudah masuk tengah hari. Aku nak masak apa ye untuk makan tengah hari? Tiba-tiba aku tak ada semangat lah pula mahu masak.

Aku masih rasa kasihan dengan Noah yang menggigil kesejukan. Kalau lah aku ni isteri dia, memang aku dah peluk Noah tu ketat-ketat. Lepastu belai-belai rambut dia. Dia pula tidur lena sambil peluk aku.

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now