Selesai makan, Hawa dan Noah jalan-jalan di dalam mall. Mereka berjalan beriringan.
"Awak nak beli apa-apa? Saya belanja." Noah bersuara. Hawa berpaling ke arah Noah dengan senyuman kecil. Hawa menggelengkan kepalanya. "Saya taknak beli apa-apa pun."
Noah hanya menganggukkan kepalanya. "Kalau perempuan lain, pasti diorang akan shopping. But awak ni sangat lain, tee rak." Noah mengukir senyuman kecil.
"Saya datang sini pun sebab nak teman Linda shopping." Hawa memberitahu dengan senyuman kelat. Noah seperti tersentap dengan kata-kata Hawa.
"Sorry, saya tak patut halang awak keluar dari lif tadi. But..saya nak spend time bersama awak, tee rak." Noah bersuara lirih.
Hawa menggelengkan kepanya. "Takpe, besok saya dengan Linda cuti. So besok kami boleh pergi sini lagi." Hawa berkata untuk tidak mahu Noah rasa serba salah.
"You are so kind, tee rak."
Hawa hanya tersenyum manis selepas mendengar Noah memujinya begitu. Aku tak ada lah baik mana.
Noah memandang ke arah tempat bermain Ice Skating yang tidak jauh dari mereka. "Jom kita main Ice Skating!" Noah mengajak Hawa bermain luncur ais itu.
Hawa mengangguk laju dengan senyuman lebar. Lagipun Hawa memang nak bermain Ice Skating!
Noah dan Hawa berlari anak menghampiri tempat bermain luncur ais itu. Sebelum masuk ke dalam Ice Skating, mereka ke tempat bayaran terlebih dahulu. Selepas itu, mereka memakai kasut yang digunakan khas untuk meluncur ais yang sudah tersedia di situ.
"Biar saya pakaikan untuk awak." Noah mengambil kasut Ice Skating yang di pegang Hawa.
"Eh takpe, saya boleh pakai sendiri." Hawa mahu mengambil kembali kasut itu tetapi dihalang Noah. "Please, Hawa. Just untuk harini saya nak bersweet dengan awak." Rayu Noah. Hawa menghela nafas kecil.
"Iyelah, iyelah.." Hawa pasrah. Hawa melabuhkan punggung di atas bangku yang berada di situ. Noah mengukir senyuman gembira.
"Awak mesti pandai main Ice Skating kan?" Hawa menyoal sambil melihat Noah yang sedang memakaikan kasut untuknya. Noah yang sedang berlutut di atas lantai, terus mengangkat sedikit kepalanya untuk memandang Hawa.
"Err, sejujurnya saya tak pernah main Ice Skating." Noah bangun dari duduk melutut sebaik sahaja selesai memakaikan kasut di kaki Hawa.
Hawa mengerutkan kening dengan jawapan Noah. "Kenapa?" Hawa menyoal ingin tahu.
"Saya takde masa nak main. Sebelum ni saya busy dengan kerja." Noah memberitahu dengan sebelah keningnya dijongket sesaat.
Terangguk-angguk kepala Hawa tanda faham. "Sekarang awak tak busy ke?" Hawa menyoal lagi.
Noah menggaru sebelah keningnya yang tidak gatal. Err macam mana nak cakap erh?
Hawa hanya tersenyum apabila melihat Noah seperti terkulat-kulat mahu menjawab pertanyaannya. "Takpe lah. Awak abaikan aje soalan saya tadi. Sekarang, jom kita main!"
୨✿୧
Hawa menghela nafas berat sambil mencekak pinggang. Anak matanya tidak lepas dari merenung Noah yang sudah seperti kura-kura.
Noah mengimbangkan tubuhnya sebaik sahaja dia hampir mahu tergelincir. Hawa yang berdiri tidak jauh darinya, terus menghampiri Noah. Noah terkebil-kebil memandang Hawa yang meluncur dengan mudah.
YOU ARE READING
[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"
Romance[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE + COMEDY] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah berseronok hingga mengandungkan wanita yang berada di kelab malam itu. "Hai tee rak." -𝐇𝐀𝐑𝐙...