🅑.🅦 - 4

1.9K 81 0
                                    

Niat aku mahu menjemur boxer Noah di tengah jalan, terus terbatal. Iye lah, tiba-tiba sahaja dia nak bawa aku jalan-jalan petang nanti. Karang waktu keluar rumah dia nampak boxer dia tengah jalan, haaa mampus aku.

Memang aku dah tak boleh lari ke mana-mana sebab pasti dia akan lock pintu kereta dia.

Lain kali aje lah aku jemur boxer dia tu.

Herm sekarang dah pukul berapa ye? Rasa macam lama pula aku jemur kain tadi.

Haah memang lama pun sebab ada makhluk kacau.

Aku mengeluarkan telefon dari kocek seluar lalu aku melihat jam di lockscreen.

Baru pukul 9 ?!

Aku fikir dah pukul 10 ke, 11 ke..haihh.

Aku nak buat apa lagi erh? kemas rumah? Atau siram pokok?

Agh, tanya abe google lah.

Aku membuka aplikasi google sambil berjalan menghampiri sofa di ruang tamu. Aku melabuhkan punggung di atas sofa sambil melihat jadual di google.

"Lap perabot, sapu lantai, mop lantai. Hurm, aku nak buat yang mana dulu erh? Lap perabot dulu lah kan? So sekarang ni aku kena cari kain."

"Kau buat apa?"

"Oh Adudu!" Aku terus menekup mulut sebaik sahaja termelatah. Aku berpaling ke arah Nazril yang duduk di sebelah aku tetapi masih ada jarak di antara kami.

Bila masa pula dia duduk sini?

"Adudu? Pakwe kau ke?" Nazril menyoal dengan wajah yang penuh tanda tanya.

Dey, agak-agak lah pakwe aku nama Adudu! Dah lah nama serupa alien! Eh Adudu memang alien pun.

"Bila awak duduk sini?" Soal aku sebelum dia membuka mulut fasal si Adudu tu lagi.

"Baru aje. Tu kau buat apa? Curi tulang erh?" Nazril menunding jari ke arah aku dengan kening sebelah dijongket berkali-kali.

"Mana ada! Tak baik tau fitnah-fitnah! Dosa memfitnah lagi banyak dari dosa membunuh!"

Haaa amek kau kena ceramah dengan ustazah Hawa.

"Habistu? Kau buat apa?" Nazril menyandarkan badannya di sofa. Aku menggulingkan anak mata tanda menyampah.

"Yang awak sibuk nak tahu ni kenapa? Suka hati saya lah nak buat apa pun."

Kan? Suka hati aku lah nak buat apa pun.

"Tanya pun tak boleh?" Nazril menyoal.

"Bukannya tak boleh. Tapi-"

"Assalamualaikum!!!!"

Haaa makhluk mana pula yang beri salam macam pakai mic ni.

"Siapa tu?" Nazril menyoal. Aku hanya mengangkat bahu seolah-olah tidak tahu siapa yang memberi salam. Padahal aku tahu yang memberi salam itu ialah Linda. Aku kenal ler suara member aku.

Dia punya menjerit tu macam ini rumah aku pula! Tahu lah aku kerja di sini, tetapi aku hanya bekerja aje, bukannya menjadi pemilik rumah ni.

"Pergi lah tengok." Nazril memaksa aku.

"Biar aje lah. Pandai-pandai lah dia masuk sendiri." Aku bergurau dengan nada mendatar.

Nazril mengerutkan keningnya memandang aku.

"Kau tu kerja sebagai bibik tau dalam rumah ni. Cara kau cakap tu macam kau ni isteri anak majikan pula."

"Dah tahu saya ni bibik, kenapa awak cintakan saya?"

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now