🅑.🅦 - 20

942 41 0
                                    


                 Hawa membawa plastik sampah ke luar rumah untuk diletakkan ke dalam tong sampah besar. Selesai membuang sampah, Hawa menutup pintu pagar.

Tanpa Hawa sedar, ada seorang lelaki sedang memerhatikannya dari dalam kereta. Kereta itu diparking jauh sedikit dari rumah itu.

Masuk sahaja ke dalam rumah, Hawa menuju ke biliknya untuk menyiapkan diri. Hari ini dia dan Linda mahu keluar pergi IOI City Mall.

Hawa mencari baju yang sesuai untuk dipakai. "Hari ini aku nak pakai baju warna apa ye? Biru atau hijau?" Hawa buntu sekejap. Ini lah perempuan, nak pilih baju untuk dipakai pun mengambil masa yang lama.

"Hawa, aku tunggu kau dekat bawah!" Linda menjenguk Hawa dari ambang pintu. Hawa berpaling ke arah Linda. Belum sempat Linda mahu beredar dari bilik Hawa, Hawa memanggil Linda. Linda hanya menurut. Linda masuk ke dalam bilik Hawa.

"Kau rasa baju mana aku patut pakai? Warna biru ni ke, atau warna hijau ni?" Hawa menghalakan kedua-dua baju blouse itu ke arah Linda. Linda mengurut-urut dagunya seperti berfikir.

"Aku rasa kau patut pakai warna hijau tua ni. Maybe nanti kau akan jumpa jodoh yang sama baju dengan kau." Linda mengangkat kedua-dua belah keningnya dengan senyuman meleret.

Aku memandang Linda dengan kening dijongket sebelah. "Kau ni, aku suruh pilih mana yang cantik! Bukannya pilih disebabkan jodoh!" Tergeleng-geleng kepala Hawa.

Linda melepaskan tawanya. "Baju hijau tu cantik! Okey lah aku nak turun bawah. Kau cepat sikit ye bersiap!" Pesan Linda sebelum dia berlalu dari situ.

Hawa merenung lama baju hijau itu. Kata-kata Linda bermain difikiran. Pakai jelah baju warna hijau ni. Hawa menyimpan kembali baju warna biru di dalam almari.

Sementara Hawa sedang bersiap, Linda pula sedang mengintai seorang lelaki yang bersandar di kereta Audi. Linda menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Siapa lelaki terlebih kacak tu? Dah kenapa dia parking kereta dia depan rumah ni?" Linda tidak lepas dari merenung jejaka tinggi lampai itu.

"Mamat tu lagi handsome lah pula dari Park Hyunsik aku." Linda berkata sendirian.

Hawa yang sudah bersiap, terus menuruni tangga. Sesampai sahaja di tingkat bawah. Kening Hawa berkerut melihat Linda sedang tertonggeng di hadapan tingkap. Buang tebiat ke apa?

"Kau dah kenapa?" Hawa tanpa memberi salam, terus menegur. Terangkat bahu Linda kerana terkejut. Linda terus berdiri tegak lalu dia berpaling ke arah Hawa yang sedang menghampirinya.

"Hish kau ni! Terkejut aku! Nasib baik takde sakit jantung! Kalau tidak, dah mati terkejut aku dekat sini." Linda mengusap dadanya dengan nafas dihembus.

"Kau telek apa sampai tertonggeng-tonggeng?" Hawa menyoal sambil menjongketkan sebelah keningnya.

"Hawa, aku rasa kan..kita ada stalker lah!" Linda berkata dengan nada berbisik. Kening Hawa serta merta berkerut. Stalker? Siapa pula yang nak stalker kitorang ni? Nak kata kitorang adik beradik dengan Syamsul Yusof, memang tidak lah!

"Siapa pula yang nak stalker kita?" Aku menyoal Linda yang sedang terjenguk-jenguk di sebalik langsir.

"Stalker kita tu handsome gila! Kalah oppa-oppa korea aku!" Linda berkata dengan anak mata masih merenung jejaka yang bersandar di kereta Audi.

"Sini lah Hawa! Cuba kau tengok tu!" Linda menarik sedikit lengan Hawa supaya Hawa rapat dengannya. Hawa juga turut menyelak langsir untuk melihat gerangan yang dikata Linda.

Terus terbeliak mata Hawa apabila melihat lelaki yang bersandar di kereta Audi itu. Hawa sangat kenal dengan kereta Audi itu! Lelaki itu pun lagi lah Hawa kenal!

"Dia punya handsome tu memang dah tak ada ubat. Sampaikan mata kau tak berkelip tengok dia." Linda bersuara selepas dia melihat reaksi Hawa terhadap lelaki itu.

Hawa memandang Linda dengan bibir digigit gelisah. "Kau ingat lagi tak fasal cerita aku semalam?" Hawa menyoal Linda. Jantung Hawa sudah berdegup kencang kerana gementar! Gila! Macam mana mamat tu boleh tahu aku duduk sini?!

Linda mengurut dagunya seolah-olah mahu ingat kembali. "Yang fasal kau hampir kena CPR tu ke?" Linda menyoal inginkan kepastian. Hawa hanya mengangguk laju. CPR pun CPR lah!

"Kalau kau nak tahu, mamat tu lah yang hampir nak CPR aku!"

"WHATT?!"

Hawa terus menekup mulut Linda. Hawa memandang Noah sekilas. Noah seperti tercari-cari dari mana datangnya bunyi orang menjerit.

Linda menepis tangan Hawa dengan mulutnya melopong. "Aku ingatkan muka dia macam Song-kang! Rupanya kalah Song-Kang!!" Linda memegang kedua-dua belah pipinya. Masih terkejut dengan apa yang diberitahu Hawa.

"Ish kau ni! Aku tengah takut sekarang ni, kau boleh pula cakap fasal Song-Kang!" Hawa menepuk lengan Linda.

"Lepastu? Kita nak tercegat aje ke dekat sini?" Linda menyoal sambil anak matanya melirik lagi ke arah lelaki itu. Rezeki dapat tengok orang handsome depan mata HAHAH!

"Kalau kita keluar rumah lepas mamat tu balik, okey?" Hawa memberi cadangan. Risau juga Hawa mahu keluar rumah sekarang. Situasi sangat tidak mengizinkan! Mamat tu pun satu hal! Takde kerja lain ke yang nak dibuat?

"No, no! Aku nak keluar shopping sekarang! Nanti lewat-lewat takde parking pula!" Linda menuju ke arah sofa untuk mengambil handbegnya.

Hawa mengeluh hampa. Hawa memandang lagi ke arah Noah yang masih tidak beranjak dari depan pagar.

"Kau jangan lah risau, Hawa. Apa gunanya ada aku kalau aku tak boleh backup kau?" Linda menjongketkan keningnya berkali-kali. Hawa memandang Linda dengan senyuman.

"Okey macam ni, aku keluar rumah dulu. Lepastu bila dia tanya fasal kau, aku akan pura-pura tak kenal kau. Haa amacam?" Linda memberitahu rancangannya. Hawa mengangguk setuju. Apa-apa aje lah asalkan mamat tu pergi dari sini secepat yang mungkin!

Linda terus menuju ke pintu untuk keluar dari rumah.

Noah yang sedang bersandar di kereta Audi, terus berdiri tegak apabila melihat seseorang keluar dari rumah itu. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Noah mengerutkan kening kerana tidak nampak kelibat Hawa.

Linda menghampiri Noah seperti tiada apa-apa yang berlaku. "Kenapa awak parking kereta depan rumah saya?" Linda menyoal. Noah memandang Linda.

"Aku nak jumpa Hawa. Dia stay dalam rumah ni right?"

Linda memandang ke arah lain sekejap. Bercakap pun handsome mamat ni. Maafkan saya oppa Hyunsik kerana curangi anda.

"Hawa? Siapa Hawa?" Linda menyoal dengan kening berkerut. Hahah! Pandai kan aku berlakon? Boleh dah ni aku berlakon dengan Hyunsik. Kalau tak dengan Hyunsik, dengan Song-kang pun okey. Auauauauauuuu! Hikhokhikhok.

Noah menggaru keningnya yang tidak gatal. Sesekali matanya melirik ke arah pintu. Mahu tersenyum dia apabila melihat Hawa sedang terjenguk-jenguk. Noah memandang kembali ke arah Linda.

"Ouh, mungkin aku tersilap rumah. Sorry." Noah mengukir senyuman kecil lalu dia terus masuk ke dalam kereta Audinya.

Linda melambaikan tangannya sehingga kereta Audi itu hilang dari pandangan. Hawa yang berada di ambang pintu, terus melepaskan nafas lega.

"Dah jom, dia dah bla." Linda menuju ke arah kereta Honda Jazz lalu dia masuk di tempat duduk pemandu. Hawa pula duduk di tempat penumpang bersebelahan Linda.

୨✿୧

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now