🅑.🅦 - 36

709 25 0
                                    

Malaysia,

             Ameera menyiku lengan Hawa. Hawa yang sedang mengelap meja, terus memandang ke arah Ameera.

"Kenapa?" Hawa menyoal apabila melihat Ameera sedang melilau sekeliling seperti sedang mencari seseorang.

"Mamat handsome tu dah tak datang sini ke?" Ameera menyoal Hawa dengan nada berbisik. Hawa mengerutkan keningnya.

"Mamat handsome mana pula?" Hawa berpura-pura menyoal. Macam lah Hawa tidak tahu siapa yang dimaksudkan Ameera itu. Hawa sengaja pura-pura tidak ingat akan Noah. Kalau Hawa teringatkan Noah waktu kerja, memang semuanya akan menjadi huru-hara. Tambah-tambah lagi,di dalam kedai ini lah pertemuannya bersama Noah.

"Alah kau ni, mamat yang sanggup tunggu kau sampai malam tu lah." Kata Ameera cuba menolong Hawa untuk ingat kembali fasal Noah.

"Ooouhhhh. Kenapa dengan dia?" Hawa menyoal sambil mengelap meja. Dari tadi Hawa hanya mengelap meja yang sama. Saja mahu menyibukkan diri. Pagi ini pelanggan tidak ramai.

"Ish kau ni. Haritu kan dia ada datang sini. Tak akan lah harini dia dah tak datang?" Ameera menyoal pelik. Hawa terdiam seketika.

Betul juga kata Ameera tu. Harini Noah tak datang pula kedai ni. Haritu sampai sanggup dia ponteng kerja semata-mata nak tunggu aku keluar dating dengan dia. Hari ini, batang hidung pun aku tak nampak dia. Atau..dia memang betul-betul dah taknak kacau aku?

"Kau ni mengelap meja ke, mengelamun? Dari tadi aku tengok kau lap meja yang sama aje. Padahal takde air tumpah and sisa makanan pun dekat meja ni." Ameera menggaru kepala yang tidak gatal. Pelik betul dengan perangai Hawa hari ini.

"Herm, jangan kata kau rindu dekat mamat tu?"

Kepala Hawa dengan pantas menoleh ke arah Ameera. Mata Hawa membulat sesaat. "M--mana ada! Mengarut lah kau." Hawa bersuara dengan nada kasar. Sengaja betul Ameera ni mahu menyakat aku!

"Tetapi kan, apahal muka kau macam ada warna merah-merah?" Ameera menyoal dengan kening dijongket berkali-kali. Hawa terus melepaskan kain pengelap meja, lalu Hawa memegang pipinya.

"Aku faham perasaan kau. Siapa aje yang tak rindu bila ada mamat handsome sanggup tunggu buah hatinya hingga lewat malam." Ameera tersenyum meleret. Sweet lah pula mamat tu dengan Hawa, ni!

"Buah hati apa pula? Sejak bila dia boyfriend aku." Hawa menggelengkan kepalanya tanda pasrah dengan Ameera yang sudah mula mengarut.

"Eleh, tetapi kau memang tak nafikan lah kan yang kau tu rindu dia?"

Hawa menghela nafas berat dengan kepala digeleng lagi. "Dah lah, aku nak pergi tandas kejap." Hawa terus berlalu menjauhi Ameera.

Ameera mencekak pinggang dengan kaki masih statik berdiri di situ. "Hawa ni ada penyakit hati ke? Punyalah mamat tu handsome, tapi Hawa macam tak minat pula dengan mamat tu."

୨✿୧

              Hawa menuju ke tandas dengan tiada sebab. Sengaja mahu mengelak dari soalan Ameera. Hawa pun keliru dengan perasaannya sekarang ini. Rindu kah Hawa terhadap Noah? Padahal baru aje Hawa bertemu dengan Noah semalam. Tak akan lah harini dah rindu? Erk? Untuk apa aku rindu mamat tu?

Sesampai sahaja di hadapan tandas, Hawa terhenti dari berjalan. Entah mengapa Hawa tiba-tiba teringat pula kejadian kelmarin iaitu Hawa sengaja mahu melarikan diri dari Noah. Adegan kelmarin, terngiang-ngiang di fikiran Hawa.

"Sa..saya nak masuk tandas." Hawa mengalih pandangan ke arah lain. Pandangan Noah itu sangat menggoda baginya.

"I allow it. Tapi jangan lama-lama. Nanti saya rindu."

Hawa melepaskan tawa kecil. "Gedik!"

Noah juga turut ketawa lalu dia menjarakkan dirinya dengan Hawa. Hawa melambaikan tangan ke arah Noah sebelum dia masuk ke dalam tandas. Noah juga turut melambaikan tangannya.

Hawa terus menepuk kepalanya apabila teringat kata-kata Noah, lambaian Noah, dan senyuman Noah. Agh! Gila!

"Hish! Geram betul aku dengan mamat tu! Aku tak rindu mamat tu langsung! Buat apa pula mamat tu nak muncul dalam fikiran aku? Senyuman dia tu, kenyitan manja dia tu, ayat pickup line dia tu, haaihhss! Parah! Parah!

Hawa menarik nafas lalu menghembus perlahan. Sabar Hawa, sabar. Baru semalam kau jumpa dia. So kau jangan rindukan dia. Dia tu bukannya buah hati kau pun sampaikan kau nak rindu bagai.

Hawa bercakap dengan dirinya sendiri di dalam hati. Karang kalau cakap sorang-sorang dekat depan tandas ni, mahunya diorang ingat Hawa cakap dengan jin.

୨✿୧

           Ameera menepuk bahu Hawa. Hawa yang sedang mengelamun terus menoleh memandang Ameera yang sudah duduk di sebelahnya.

"Hari ini, kau memang lain, Hawa. Asyik termenung aje. Sekarang ni dah tengah hari, kau taknak makan tengah hari ke?" Ameera menyoal sambil melirik ke arah jam tangan yang dipakainya. Hawa menghela nafas berat.

"Aku takde selera lah nak makan." Hawa berkata dengan nada malas. Hawa menongkat dagunya dengan anak mata merenung ke luar tingkap kaca yang besar itu.

Ameera turut memandang ke arah luar yang dipandang Hawa. Satu saat kemudian, Ameera mengukir senyuman kecil. Ameera menggelengkan kepalanya.

"Kau ni sebenarnya tengah tunggu dia kan? Yelah, sekarang ni kan waktu makan tengah hari, so mestilah dia akan datang sini untuk makan tengah hari. Padahal dekat sini mana ada jual nasi putih dengan lauk-lauk tu semua."

Hawa mengerutkan keningnya dengan anak mata melirik ke arah Ameera. "Mana ada aku tunggu dia. Aku tengah berehat lah. Kau tu, taknak pergi makan tengah hari ke?" Soal Hawa pula.

"Aku nak pergi lah ni. Tetapi aku nak ajak kau. Jom lah." Ameera sudah bangun dari kerusi. Hawa masih duduk di atas kerusi.

"Taknak lah. Aku dah kenyang." Nafi Hawa. Padahal perutnya tengah berkeroncong sekarang ini. Tetapi Hawa tiada selera pula mahu makan.

"Alaaa, kalau kau taknak makan, kau teman aku makan. Jom lah." Ameera tetap mahu mengajak Hawa untuk makan tengah hari bersamanya.

"Kau ajak lah orang lain. Takkan lah diorang semua taknak makan tengah hari?" Hawa menyoal sambil melilau sekeliling. By the way, manusia yang bekerja di kafe ini hanya ada lima orang sahaja. Dua orang bertugas di dapur, dua orang lagi waitress dan seorang lagi cashier. Haa aku lah cashier tu, tetapi kadang-kadang aku pun akan mengambil oder kalau aku free.

"Tadi aku ajak Afif dan Ronaldo, lepastu diorang kata, diorang busy. Lepastu aku ajak Ton, Ton pula puasa sunat harini."

"Ameera!" Afif memanggil Ameera sambil menuju ke arah Ameera dan Hawa. Mereka berdua terus berpaling ke arah Afif.

"Jom lah pergi makan." Afif berkata sambil menyingsingkan kedua belah lengan bajunya hingga ke paras siku. Memang itu habitnya kalau mahu pergi makan.

"Aik, bukan kau busy ke?" Ameera menyoal Afif.

"Tadi aku memang busy, lepastu Ronaldo suruh aku keluar makan dulu." Kata Afif.

Terangguk-angguk kepala Ameera dan Hawa.

"Okey, Jom! By the way, Hawa. Kau nak aku bungkuskan apa-apa tak?" Ameera menyoal Hawa. Kut-kut lah Hawa sebenarnya lapar, tetapi demi mahu menunggu Noah, Hawa sanggup menahan lapar.

Hawa hanya menggelengkan kepalanya dengan senyuman kecil. "Tak apa, nanti kalau aku rasa lapar, aku pergi beli makanan."

Ameera mengangguk tanda mengerti lalu Ameera dan Arif terus keluar dari kafe yang bernama Rohana's Kafe.

୨✿୧

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Donde viven las historias. Descúbrelo ahora