🅑.🅦 - 5

1.8K 70 4
                                    


               Selesai sahaja Linda menunaikan solat Asar di dalam bilik aku, aku menghantar Linda sehingga tiba di pintu utama. Linda sudah mahu pulang ke rumah.

"Terima kasih lah Linda sebab kau tolong aku masak tadi."

Linda mengukir senyuman dan menggelengkan kepalanya.

"No hal lah. Kau kan sahabat aku, tak akan lah aku tak tolong sahabat sendiri?"

Aku ketawa kecil dan mengangguk.

"Aku balik dulu ye, Hawa. Kau duduk elok-elok dalam rumah. Jangan buat perangai tau!"

Amboi, Linda ni dah macam mak yang memberi pesanan kepada anak.

"Iyeeeee. Kau ingat aku ni budak kecil ke nak buat perangai?"

Err ada lah juga aku hampir buat perangai menjemur boxer Noah di tengah jalan.

"Good girl! Macam ni lah tee rak Noah!"

Linda menepuk-nepuk bahu aku seperti bangga dengan aku. Tetapi aku tidak mengukir senyuman bahkan aku hanya mempamerkan reaksi blur.

"Apa maksud kau?" Aku menyoal Linda.

Linda hanya tersengih.

"Tak ada apa lah. Okey bye!!"

Aku hanya memerhati Linda yang menuju ke pintu pagar sehingga kelibat Linda hilang dari pandangan.

Tee rak? Dah kenapa si Linda ni pun cakap bahasa Thailand?

Tahun ni memang worldwide Thai language ke apa?

"Kau blushing erh?"

"Opocot Noah sayang!"

Oh tidak..no..no..no..

Aku menggemamkan bibir. Aaagh! Hawa! Kau sedar tak siapa yang tegur kau tadi?! Kau sedar ke tidak?

Aku menghembus nafas berat. Kenapa sejak kebelakangan ni aku akan termelatah perkataan yang mengarut? Ugh nampaknya aku kena berjaga-jaga selepas ini supaya tidak termelatah lagi.

Habislah..mesti mamat belakang aku ni akan-

"Kau cakap apa tadi? Noah sayang?"

Nampaknya aku kena reda dengan apa yang bakal berlaku nanti. Aku dah dapat agak reaksi Noah sekarang ini. Pasti wajah dia bangga dengan senyuman lebar itu. Cis!

Aku memberanikan diri untuk memusingkan tubuh ke belakang. Aku mendongak sedikit memandang Noah.

Noah menjongketkan sebelah keningnya dengan kedua-dua belah tangannya di masukkan ke dalam kocek seluar. Haa senyuman di bibir tu masih melebar ye.

"Hawa Hauliya, say it again.."

Gulp!

Aku menggigit bibir dengan perasaan berdebar.

Ashumpah jantung aku tak rilek sekarang ini.

"Tee rak. Kau pekak ke?"

Eihh mamat ni! Ayat pertama tu dah buatkan aku blushing tau tetapi ayat terakhir tu spoil betul!

"Awak yang pekak. Mana ada saya cakap Noah sayang. Perasan je awak ni."

Haa agaknya menjadi tak lakonan aku?

"Ye ke? Kenapa aku dengar macam kau cakap Noah sayang?"

Sebab kau pekak lah, apa lagi? Haha.

"Tak ada masa saya nak cakap awak sayang! Lebih baik saya cakap Nazril sayang daripada Noah sayang!"

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now