B T G M : THE GOLDEN MASQUERADE MASK

Start from the beginning
                                    

Kalau dulu dia sering terdengar makian, cacian, hinaan dan herdikan. Kini, dia hanya mendengar pujian... dan tiada siapa berani menghinanya lagi selepas ini.

Because I'm not the old me. And now, I'm the new me.

Sesampai di kereta, pintu dibukakan oleh seorang pembantu. Perlahan dia menghenyak punggung di tempat duduk bahagian belakang. Pintu ditutup lalu kereta mula dipandu.

"Hye Dear Gorgeous."

Mendengar suara lelaki yang berada di sebelahnya itu terus keningnya berkerut. Kepalanya pantas menoleh ke arah lelaki itu. Wajahnya bertukar tegang.

"Apa yang kau buat dekat sini?"

"Kau tak tahu ke yang aku bakal jadi partner kau dalam majlis ni?"

"Partner? Papa aku tak cakap apa-apa pasal partner."

Mr Gun hanya tergelak mendengar kata-kata dari Belle tadi. Belle menggetap gigi menahan gelodak api yang membakar pembuluh hatinya.

"Tengoklah sendiri kau bila jumpa aku macam mana? Selalu dingin. Sebab tu papa kau tak bagitahu ada partner ataupun tidak."

Dalam hati Belle mula menyumpah seranah orang tua itu. Sejak dari pertama kali mengenali lelaki itu dia tidak selesa. Dengan tatapan aneh dan tidak boleh dibendung itu membuatkan Belle tidak senang duduk.

Sering terasa dirinya seperti ada berbuat salah atau sebagainya pada penampilan.

"Punyalah banyak lelaki dalam dunia ni. Kenapa kau juga jadi partner aku? Bodoh punya orang tua."

Masih lagi bersisa geram kepada papanya itu. Terasa sudah hilang hormatnya kepada lelaki itu selepas ini.

Mr Gun hanya tersenyum sinis. Dalam strateginya kali ini, dia akan merebut semula gelaran sebagai seorang pembunuh lelaki termuda di Eropah dan sekali gus menjadikan gadis di sebelahnya itu salah seorang wanita simpanannya.

Oh indahnya...

"Kau ingat strategi kau?"

"Aku tahu kerja aku."

Mr Gun hanya mengangguk sambil keningnya terangkat sarkastik. Tidak terkesan langsung dirinya dek layanan kasar gadis itu.

Mata Mr Gun melirik ke arah tubuh yang dia idamkan itu. Dari atas hingga ke bawah. Rambut merah gadis itu tambah lagi keinginan untuk dia memiliki Belle.

Segalanya rancangannya berada dalam poket. Hanya perlu bersedia di tempatnya.

Sesampainya di hadapan garaj setinggi beberapa kaki ke langit itu, kereta berhenti tepat di karpet merah. Mata heterochromia itu mengerling ke arah bangunan megah bak istana itu, pemandu keretanya turun dan menuju ke arah pintu Belle dan membukanya. Belle menarik nafas dan hembus perlahan untuk mencedok semula kekuatan dan keyakinan diri.

Selepas saja bersemuka dengan lelaki di sebelahnya ini terus runtuh segala strateginya yang diatur cantik di kepalanya tadi.

Kedua kakinya diletak ke tanah terlebih dahulu sebelum bangkit dari duduknya. Kerdipan lampu yang mula mencucuk-cucuk kornea mata cuba distabilkan. Sesekali bibirnya tersenyum manis ke arah kamera.

Disebabkan yang membuat majlis ini adalah kerabat Diraja, jadi wartawan juga tidak melepaskan peluang untuk mengisi isu berkenaan hal ini.

Dan Tuan Putera itulah yang menjadi mangsanya sebentar saja lagi. Majlis ini akan menjadi tragis buat keluarga Tuan Putera itu.

"Come, honey."

Terus tegak tubuh Belle apabila terasa tangan lelaki itu melilit dipanggangnya. Jika tidak difikirkan tentang misinya untuk datang ke sini, sudah pasti lelaki itu terkena penumbuknya.

Behind The Golden Masquerade [C]Where stories live. Discover now