𝑃𝑎𝑟𝑡 33🍁

Start from the beginning
                                    

Diandra senyum hambar.

"Pernah ke you jaga I?" Soalan Diandra membuatkan langkah Uwais terhenti. Mereka sama - sama membelakangi antara satu sama lain.

"Jangan bercakap macam I ni tak pernah jalankan tanggungjawab sebagai suami" Balas Uwais dingin. Diandra membisu seketika.

"I rindukan suami I yang dulu.." Ujar Diandra perlahan namun masih dapat didengari oleh Uwais.

"I tak pernah berubah. Tapi you yang berubah, Dian" Ujar Uwais sambil menoleh sedikit ke tepi. Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan wad tersebut.

Tanpa sebarang suara, air mata Diandra mengalir laju membasahi pipi.

"I ke yang berubah?" Tanya Diandra seorang diri.

'Maafkan I...'

***
"Kau taknak bagitahu mak dengan ayah mertua Dian ke?" Tanya Metilda sambil menyedut minum nya. Dia memandang Lisa yang sedang mendongak ke langit malam.

Mereka berada di atas bukit, di tepi jalan. Entah apa yang merasuk Lisa, dia mengajak Metilda ke sini. Katanya mahu menenangkan minda. Macam dia pula yang ada masalah.

"Mak dengan ayah mertua Dian tu, mak ayah aku.."

"Tahu lah mangkuk! Itu yang aku tanya tu. Kau taknak bagitahu diorang ke? Tu, maklong dengan paklong Dian.. Tahu tak yang dia masuk hospital?" Tanya Metilda lagi sebelum dia menjuih mulut nya kedepan.

"Entah, tak tahu kot.. Haihh, mak dengan ayah aku tu. Biar along aku jer lah yang bagitahu. Tu kan bini dia, bukan bini aku. Lagipun dia sendiri yang cakap jangan masuk campur urusan dia.."

"So I'm doing what he said.." Balas Lisa selamba sambil mengangkat kedua belah bahunya. Dia kemudian mencapai minum lalu disedut perlahan.

"Adik dengan abang lebih kurang je perangai nya,"

"Eh, baik sikit eh! Aku berbeza oky dari abang aku yang jahanam tu. Tak sama langsung!" Bantah Lisa sekeras - kerasnya. Ada ke patut Metilda kata yang dia sama macam abang nya?

Ehhh.. Tolong lah.. Langsung tak sama okay! Dia tak lah bodoh macam abang sulung nya itu.

"Apa - apa jer lah Lisa.." Metilda mengangkat bendera putih. Bertekak dengan Lisa memang tak akan pernah menang.

"Then, kakak kau dah tahu?"

"Belum. Aku tak rasa nak bagitahu dia.."

"Kenapa pulak?"

"Haihh.. Kalau aku bagitahu dia, confirm - confirm dia akan bagitahu abang ipar aku yang macam monyet tu. Si Firash tu kan sepupu Dian, kau rasa apa yang dia akan buat kalau dia dapat tahu Dian cedera akibat dari perbuatan abang aku?"

"Mahu bergaduh dua ekor tu nanti!" Terang Lisa panjang lebar dengan gaya tangan nya sekali. Metilda ketawa besar. Lisa kalau bercakap tak pernah bertapis. Pakai lepas jer!

"Betul lah tu apa yang kau cakap.. Kesian Dian" Metilda berkata sambil dia juga turut mendongak ke langit melihat bintang pada malam itu.

"Abang aku tu. Tak berubah dari dulu.."

"Dian kejar dia dari dulu kan? Dah dapat, tapi macam ni pulak yang jadi" Sambung Metilda lagi. Lisa melirik ke arah rakan nya itu sebentar sebelum dia memejamkan matanya rapat.

"Yer. Dari dulu lagi dia kejar abang aku. Aku pun tak tahu lah apa yang kurang dekat Dian sampai dia sanggup lukakan hati Dian. Masuk ni, 2 kali dah Mel.." Ujar Lisa sambil termenung.

Dia sendiri pun malu mahu berdepan dengan Diandra kerana sikap teruk abang sulung nya itu. Metilda memeluk bahu Lisa erat lalu dia melabuhkan kepala nya pada bahu Lisa.

"Bukan salah kau. Jadi jangan cuba untuk rasa bersalah dekat Dian. Ini semua pilihan abang kau, kalau dulu mungkin satu kesilapan. Tapi kali ni bukan lagi kesilapan. Ia satu pilihan.."

"Abang kau yang pilih untuk sia - siakan Dian dan cari yang lebih baik. Tapi, semakin kita mencari yang terbaik. Semakin kita akan sedar yang bahawasanya yang terbaik itu lah yang paling buruk.. Dan yang kita anggap buruk itu lah, yang terbaik," Terang Metilda panjang lebar.

Dia memeluk lengan Lisa.

"Kau adik dan kawan yang baik.. Aku dengan Dian beruntung tau ada kawan macam kau! Kau takkan berdiam diri dan tengok jer kitorang dalam kesusahan. Kau mesti akan tolong.. Kau tak berubah dari dulu sampai sekarang Lisa" Sambung Metilda lagi dengan senyuman manisnya di hadiahkan kepada Lisa.

Lisa terkedu. Dia juga menarik senyuman gembira lalu tangan nya naik meluku sedikit kepala Metilda membuatkan rakan nya itu menjerit kecil. Metilda mengusap - usap kepala nya yang baru sahaja lepas diluku Lisa.

"Eee.. Sakitlah! Tangan kau ni diperbuat dari besi ke?!" Rungut Metilda membuatkan Lisa ketawa besar.

"Padan muka! Sedap? Lain kali bagi lah lagi ayat bergula kau tu. Biar aku luku sampai botak kepala kau," Usik Lisa dengan tawa nya yang masih bersisa. Metilda menarik muncung panjang sebelum dijeling Lisa tajam.

"Gila!"

Lisa senyum lagi, kemudian dia termenung seketika lalu di lepaskan nafas berat. Dia masih risaukan Diandra. Ikutkan hati mahu sahaja dia menjaga Diandra di wad pada malam ini.

Namun doktor tidak membenarkan. Jadi Lisa terpaksa lah balik.

"Esok aku nak tengok Dian,"

"Kau takde photoshoot ke esok?" Tanya Lisa.

"Tak ada. Lagipun lama dah aku tak jenguk si Minah Diva tu, rindu ngok!" Balas Metilda.

"Hmm.. Baguslah, datang awal esok. Aku mungkin datang lambat sikit sebab aku ada meeting esok" Kata Lisa lalu tangan nya naik mengikat rambut style ponytail.

"Okay Boss!" Balas Metilda sambil mengangkat tabik buat Lisa. Kemudian mereka berdua sama - sama ketawa kecil. Ada - ada sahaja perangai tak betul Metilda ni.



































































•1361 word•

Diandra yang berubah? Apa yang membuatkan Diandra berubah?

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now