Bab 50

3K 131 8
                                    

Sudah beberapa kali mereka keluar bersama. Tak pernah Laura bayangkan yang dia dan Carlo akan kerap sekali keluar berdua seperti ini. Ingatkan sekali saja, rupanya berkali-kali. Bukan dia yang ajak, tapi Carlo sendiri yang memulakan langkah. Disebabkan itu, Laura yakin yang hati Carlo mula terbuka untuknya.

One step closer...

Tapi...

Laura pandang Carlo yang sedang termenung jauh di hadapan sana. Ya, semenjak dua menjak ini Laura perasan juga akan sikap Carlo yang kerap mendiamkan diri. Tidak suka bercakap. Dan suka termenung seakan berada dalam dunia sendiri.

Laura juga sedar akan air muka Carlo yang tak seperti selalu. Lelaki itu nampak kusut dan penat. Penat?

Penat kejar cinta Laikha yang tak kesampaian tu kut? Cis!

Laura menjeling sebal dalam hati. Nak saja dia membebel dengan Carlo tapi masih terlalu awal dan tunggu sahaja bila masa itu tiba, puas-puaslah dia bebel dan kunci terus lelaki itu dalam hatinya.

Dan disebabkan tu juga, dia dah buat perancangan awal.

Sebenarnya dia ada bawa pil perangsang dalam beg. Dia nak bagi dekat Carlo, tapi bagaimana?

Laura tersenyum sendiri. Bagaimana nak bagi Carlo makan ubat perangsang tu? Petik jari, Laura dah tahu!

Laura yakin, Carlo akan minta juga nanti. Kenapa? Let see...

"Laura..." Carlo dengan wajah berkerut seribu memanggil. Matanya mengecil, cuba mencerna persekitaran.

Laura yang sedar namanya diseru acah-acah gelabah. Kerusi yang dia duduki diseret semakin dekat dengan Carlo. Kemudian, Laura tayang pula wajah risaunya.

Drama Queen!

"Yes, Carlo? Kenapa ni?" Laura mula meneliti setiap inci wajah Carlo. Lelaki itu nampak letih dan tak bermaya.

Carlo... sakit?

Ya, itulah alasan dia. Laura yakin bahawa pelannya akan berhasil tak lama lagi.

"You ada ubat tak?" soal Carlo seraya memicit pangkal hidungnya. Pening.

Laura tahan diri daripada tak berjoget. Kan dah kata!

Oh, how intelligent is you, Laura!

"Ubat? Kejap ya..." Laura langsung meraba-raba begnya. Seusai jumpa ubat perangsang tadi, dia langsung mengeluarkannya.

"Ada pun. Nasib baik I ada bawa. Nah..." Langsung sahaja Laura menyerahkannya kepada Carlo.

"Ubat apa ni?" Carlo menyambut ubat itu daripada Laura.

Laura gigit bibir bawah. Otaknya ligat memikirkan apa nama ubat yang perlu dia kata supaya Carlo percaya.

Errr...

Oh!

"Ponstan." jawab Laura, buat-buat santai.

Carlo diam untuk sesaat.

"Macam mana you boleh standby ubat dalam beg?" tanya Carlo tiba-tiba. Wajahnya nampak tegang, tapi untuk seketika saja sebelum kembali kendur dan tenang.

"Oh, sebenarnya I memang selalu bawa ubat pergi mana-mana aje. Untuk persediaan. I selalu juga sakit kepala. Biasalah. Kerja..." Laura melarikan pandangan matanya daripada terus menerus memandang mata Carlo. Takut tertangkap.

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now