Bab 22

3.1K 163 7
                                    

Ya Allah, apa aku dah buat ni?

Liur ditelan beribu kali. Dah kering tekak pun dipaksa juga telan.

Laikha pandang Carlo yang nampak tenang menunggu pintu rumah agam yang kelihatan mewah itu terbuka dengan sendirinya. Memang lah rilex, rumah ibubapa dia, gumam hati Laikha.

Tak lama setelah itu, pintu rumah agam itu terbuka lebar. Laikha langsung memintal hujung bajunya. Gugup. Gelisah. Takut. Semuanya bercampur. Tak tahu dah nak buat macam mana bila Carlo dah lancar mengatur langkah ke dalam.

Carlo yang sedar akan tingkah Laikha langsung berhenti. Wajah cantik itu ditatap. Senyum.

"You're afraid, don't you?" soal Carlo, cuba meneka isi hati Laikha.

Bila dengar itu, Laikha tersontak. Tapi cepat-cepat dia menggeleng. Bohong dan cuba menidakkan. Mana boleh dia kata dia takut sedangkan dia dah kata dia percayakan Carlo. Percaya. Ya!

"Eh tak ada lah." Laikha menggeleng sambil tersenyum. Janggal.

"Carlo?"

Suara wanita paruh baya yang tiba-tiba menyapu hujung telinga itu membuat Laikha tersontak. Laju sahaja baju Carlo ditarik dan Laikha terus bersembunyi di belakangnya.

Gulp!

Carlo tergelak kecil. Dah agak Laikha takut. Kepala dikeleng beberapa kali sebelum pandangan ditujukan ke arah wanita tadi.

"Assalamualaikum, mum. Carlo balik ni." Dengan sopan, Carlo menyalam lalu mengucup lengan ibunya itu.

"Oh my son..." Puan Alise, ibu Carlo kelihatan teruja. "So suddenly? Selalunya sibuk sampai tak ada masa. Ini kenapa tiba-tiba lapang?"

Pandangan curiga dilontarkan ke arah Carlo. Carlo menjuihkan bibirnya. Memberikan isyarat kepada ibunya supaya melihat belakangnya.

"Huh?" Alise kebingungan, namun diikutkan juga anaknya itu.

Saat Alise beralih memandang belakang anaknya, manik matanya membuntang. Ada seorang gadis.

"Siapa?" soalnya dengan nada sedikit terkejut. Namun berusaha dikawal. Normal.

"Mum, let me introduce. She is my hone-- no no, i mean my friend. Laikha." Alahai, tersasul pula mulut ni. Nak kata honey, tapi ketara lah nanti.

Perlahan-lahan, Laikha mengangkat wajah bila rasa Carlo sudah tidak menjadi benteng perlindungannya. Dah pindah. Bukan lagi di depannya.

"Errr..." Apa nak kata ni? Laikha dah rasa nak menangis. Nak balik!

"So... Laikha?" Kening naik ke atas. Alice menyilang lengan di dada. Atas bawah, atas bawah susuk Laikha dikerling.

Hampir sahaja oksigen yang disedut Laikha hilang tatkala melihat ibu Carlo. 'Nampaknya ibu Carlo tak suka aku', Laikha menunduk. Sedih.

Tapi lain pula yang jadi.

"Comel. Dah, jomlah kita masuk. Laikha sayang, mari..."

Laikha terkedu bila ibu Carlo datang menggenggam lembut tangannya, menggamit lalu mengiringnya untuk masuk ke dalam.

Laikha pandang Carlo di samping. Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum lembut.

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now