Bab 30

3.2K 158 27
                                    

Hari demi hari berlalu dengan pantas. Umat manusia juga kelihatan sibuk dengan tugas mereka masing-masing. Pelbagai jenis emosi yang dapat dilihat. Ada yang gembira, sedih dan mungkin juga kecewa?

Sama juga seperti lelaki berwajah tampan yang kini sedang termenung jauh sambil menyandarkan kepalanya pada kerusi kereta. Tidak tahu apa yang menyerang mindanya kala ini. Tapi yang pasti, sudah beberapa hari setelah Laikha pergi emosinya jadi tak menentu.

Nama gadis itu sentiasa menerjah masuk dalam ingatan. Membuatkan lenanya terganggu dan pada masa yang sama, perasaan ingin memecut kereta ke rumah gadis itu terlalu tinggi.

Dia rindu Laikha!

Hendak dihubungi, takut mengganggu gadis itu lah pula. Jadi, Carlo ambil keputusan untuk menunggu sahaja gadis itu mendailnya. Biar Laikha yang mulakan perbualan mereka dahulu.

Sebenarnya, jauh di sudut hati Carlo, dia ternanti-nanti akan jawapan Laikha. Adakah gadis itu setuju atau tak mempersuamikan dia?

Beberapa minit berlalu, Carlo akhirnya keluar dari perut kereta sambil membetulkan tali leher.

Meruap-ruap aura karisma dan maskulinnya. Biarpun tugasnya seorang pengawal dan pemandu peribadi, tapi gaya dan rupanya sudah hampir setaraf dengan seorang CEO. Orang-orang yang memandangnya juga pasti akan menoleh dua tiga kali dengan tatapan kagum. Kalau kaum hawa pula, tak sah kalau tak sangkut dan jatuh hati.

Dengan wajah datar dan sedikit dingin, Carlo melangkah masuk ke dalam Hotel De' Stella. Setibanya di dalam, mata Carlo menangkap susuk Han yang sedang menghampiri dan secara automatik, langkahnya terus terhenti.

"Mr. Han Dylen"

"Carlo Riveno."

Carlo mengulum senyuman dan langsung berjabat tangan dengan bos alias sahabat baiknya itu. Jujurnya, terkejut juga dia bila melihat Han tiba-tiba berada di sini. Sudah lama mereka tak bersua muka walaupun sudah seminggu Carlo menjalankan tugas. Dan baru hari ini, dia nampak Han.

"Yes? Anything I can help, signore?" soal Carlo setelah menyedari wajah Han yang seakan ingin menyatakan sesuatu kepadanya. Apakah?

Wajah Han nampak seperti berfikir sebelum dia menggeleng, menandakan tiada apa-apa yang boleh Carlo bantu.

"Tak. Saya dah settlekan semua tugas yang ada semalam. Special guest dari Australia yang ke sini pun dah bagi positive feedback. Means, everything is still under control and there's no problem happen." Panjang lebar Han menjelaskan.

Carlo setia mendengar dan seakan dapat merasakan sesuatu, keningnya terjungkit memandang Han.

"Out of topic, Han. There something you wanna to tell me, don't you?" soal Carlo.

"Yes." jawab Han berterus terang.

Dahi Carlo berkerut seribu bahasa. Dengan kaki yang mula bergerak melangkah, Carlo kembali membuka suara.

"Apa dia?" Dalam tak sedar, jantung Carlo berdebar-debar menunggu Han berbicara.

"About you,"

"Me?" Carlo semakin bingung. Kenapa dengan dia?

"Since when you have another girl friend, Carlo? Saya tak tahu pun."

Hah?

Kata-kata Han membuatkan Carlo terkedu dan langsung berhenti. Han turut berhenti dengan mimik wajah yang berkerut hairan.

"Perche'? (kenapa?)" tanya Han menyedari sikap Carlo.

"Me? Have another girl friend?" Carlo terkejut sendiri. "Kenapa tiba-tiba ni?"

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now