Bab 11

4K 203 2
                                    

"Tapi...tapi..."

"Nothing will happening. Trust me, Laikha."

Mata gadis itu direnung. Dapat dia rasakan Laikha yang sedang diambang ketakutan tatkala mendengar ajakan tiba-tiba dia itu.

Laikha menggigit bawah bibirnya. Macam mana ni? Carlo ajak aku keluar jalan-jalan. Katanya, dia nak bawa aku hirup udara segar dan tidaklah hanya terperap dalam bilik hotel itu dua puluh empat jam.

Laikha akui itu. Tapi masalahnya bukan dia tidak mahu. Cuma sahaja dia takut dirinya akan diserang rasa fobia itu lagi. Lelaki itu ada di mana-mana sahaja. Mesti Androphobia dia akan datang!

"Saya bukan tak nak. Tapi awak sendiri tahukan yang..."

"Laikha..." Carlo pantas memotong bicara gadis itu. Lembut sahaja nama Laikha diseru.

Laikha menoleh. Carlo sedang tersenyum lembut. Dengan rambut yang sedikit terselak ke belakang akibat angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa di beranda bilik itu membuatkan lelaki itu nampak lebih tampan. Dan bahagian yang paling Laikha suka ialah bila Carlo senyum. Ada lesung pipit!

"Let go of your fears of starting over"

Laikha terdiam. Melihat itu, Carlo senyum.

"Laikha, tak ada apa nak ditakutkan. Percayalah, tak semua lelaki di dunia ni jahat. Awak cubalah lawan rasa takut awak tu. Kalau tidak, sampai bila awak nak terus menerus membiarkan diri sendiri dihantui dengan rasa takut tu?"

Laikha menjatuhkan kepalanya setelah mendengar kata-kata Carlo itu. Ada betulnya apa yang Carlo tu cakap. Tapi masalahnya, mampukah dia?

Satu keluhan kecil di lepaskan. Kemudian, dia menatap lelaki itu sekali lagi.

"Saya tahu..." Besi beranda itu Laikha genggam erat.

"Tapi saya takut, Carlo." Ya, sangat takut!

"Laikhaa..." Sekali lagi, Carlo menyeru nama gadis itu lembut. Sebaik sahaja Laikha memandang ke arahnya, Carlo mencipta senyuman tipis.

"I'm with you."

Laikha mengelip mata. Hatinya serta-merta berubah hangat. Dari awal pertemuan mereka lagi sampai sekarang, dia jadi selalu tertanya-tanya. Kenapa, ya? Kenapa setiap kali dia ada masalah, lelaki ini sentiasa ada untuk menemaninya?

"Because I'm your friend. Remember?" Carlo tiba-tiba bersuara.

Dan mendengar itu, Laikha senyum. Sudah tidak terkejut lagi bila lelaki itu mampu menebak isi fikirannya. Memang selalu begitu. Macam yang Carlo selalu kata kepadanya, "We have a same telepathy".

"Baiklah..." Laikha akhirnya memberi kata putus.

"Tapi janji, awak kena temankan saya, okey?"

Tidak membantah lagi, Carlo langsung mengangguk. Setuju. Lagipun, memang niat dia nak temankan Laikha.

Tidak dapat di tahan lagi, bibir Carlo akhirnya koyak dengan senyuman. Kali ni, rancangannya berhasil!





Rasa seronok mula menyelubungi dirinya. Betul kata Carlo, tiada apa yang hendak dia takutkan. Selama lelaki itu masih ada di sisinya, semuanya rasa selamat.

Tanpa disangka-sangka, Laikha akhirnya mampu beradaptasi dengan keadaan sekeliling. Biarpun tangan mungil itu tak lepas dari berpaut di lengan kekar lelaki itu. Mungkin itu sahaja cara yang dia ada.

Di sepanjang deretan kedai yang terletak di tepi kawasan pejalan kaki, mereka jelajahi satu persatu. Laikha hanya mengikuti ke mana lelaki itu ingin membawanya. Sesekali Carlo mengajaknya ke kedai baju. Katanya ingin membelikan dia baju lagi. Tapi Laikha menolak. Cukuplah apa yang sudah Carlo berikan kepadanya tempoh hari. Dia sudah tidak sanggup menyusahkan lelaki yang terlalu baik ini. Lagi lagi, tempat yang Carlo bawa dia saat itu adalah tempat yang boleh tahan berjenama.

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang