Bab 46

2.5K 129 2
                                    

Sebab terlalu galau dengan perasaan hati, Laikha putuskan untuk jalan hari ni. Lantak lah kalau dia perlu berhadapan dengan banyak kumbang sekali pun, dia dah tak kisah. Soal fobia yang dia hadapi, dia letak di tepi. Sebab bagi Laikha, hati yang perih harus dirawat kala ini.

Tapi macam mana?

Selendang yang menutupi kepala, Laikha baiki kedudukannya. Ya, Laikha sudah mula berhijab. Syukur kepala Allah kerana telah membuatkan hatinya nekad untuk berubah. Dia memang dah lama niat nak bertudung, cuma tak kesampaian. Selepas apa yang dah berlaku, nekadnya semakin kuat. Mungkin apa yang sudah berlaku, ada hikmah disebaliknya.

Hubungan dia dengan Dia semakin kuat.

Laikha rasa macam nak menangis setiap kali teringatkan dosa sendiri. Ya Allah, hipokrit kah aku? Bila sudah diberikan kesenangan, lupa terhadap Pemberinya? Adakah ini balasan aku terhadap dosa-dosa yang pernah aku lakukan? Aku terlalu mencintainya penciptaanmu sehingga lupa akan Penciptanya.

Allahu...

Laikha tunduk memandang pasir pantai. Tak sedar, ada sebutir mutiara jatuh dari pelupuk matanya. Jatuh di atas pasir. Laju saja dia kesat.

Benar kata orang, sebutir mutiara lagi berharga daripada berjuta-juta butir pasir.

Laikha kembali angkat kepala. Bersabarlah wahai diri. Jangan salahkan takdir Tuhan. Berdosa. Mungkin apa yang sedang terjadi ini adalah betul.

Hubungan dia dan Carlo hanya setakat itu. Mereka tidak berjodoh. Keputusan dia mahu tinggalkan lelaki itu adalah pilihan yang tepat.

Demi keselamatan Carlo.

Laikha memandang laut yang ada di hadapannya sebelum menoleh ke kanan. Seketika, matanya tak sengaja bertaut dengan sepasang mata wanita yang dia kenali. Sedang membawa baby stroller.

Laikha memicing matanya, ambil kepastian.

Itu kan...

Erina?

Lantas, bibir Laikha merekah dengan senyuman. Erina juga betul. Nampak teruja betul mukanya bila dapat bertemu dengan Laikha.

Laikha mahu angkat tangan, tapi tak jadi bila teringatkan hubungannya dengan Carlo. Kalau Erina tahu apa yang dia dah buat dengan Carlo, masihkah wanita itu mahu berteman atau berborak macam tak ada masalah lagi dengannya?

Laikha menunduk. Tak semena-mena, ada sepasang kaki dah ada sepasang tayar kecil sudah berada di hadapannya. Lantas, mahu tak mahu, dia angkat juga kepala memandang gerangan itu.

Betul. Memang Erina.

"Laikha!" sapa Erina, ceria.

"Hai!" Laikha angkat tangan paras bahu. Agak canggung juga bila sedar yang sekarang ni dia dah bertudung. Apa pandangan Erina ya bila nampak dia yang sekarang?

"Wait...awak betul Laikha, kan?"

Pertanyaan Erina, Laikha balas dengan anggukan kecil.

"Ya Allah, cantiknya!" Erina tekup mulut. "Macam bidadari!"

Tersipu-sipu malu Laikha bila dengar pujian daripada bidadari yang lagi cantik daripada dirinya di depan dia ni.

Nia, puteri kecil Erina ambil dari baby stroller lalu mendukungnya.

"Nia, tengok kakak depan ni. Cantik, kan?"

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ