Bab 28

2.4K 136 5
                                    

Degupan jantung kian mengencang saat rumah yang sudah dua minggu dia tinggalkan itu kini memenuhi bingkai penglihatan.

Laikha menggenggam blaus bajunya. Dalam hati tak putus-putus dia berdoa agar Tuhan membekalkan dia sedikit kekuatan untuk berhadapan dengan orang rumah.

Bila dilihat garaj yang terparkir kereta Mercedes-Benz berwarna hitam di sebelah sana, Laikha tahu ayahnya mesti ada.

"So...here?"

Soalan Carlo dibalas dengan anggukan Laikha. Lemah.

Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Kemudian dihembus perlahan. Saat dirinya sudah mula mendapat sedikit kekuatan, dia kalih memandang Carlo disamping.

Seketika, perasaan sayu dan sedih terus menyelubungi lipatan sukma hatinya. Wajah Carlo direnung dari sisi. Tak sedar, Laikha telah pun menghela nafas berat.

"Mengeluh?" tanya Carlo saat menyedari sikap Laikha.

Laikha senyum. Dia menggeleng.

"Nothing...just..." Laikha mengetap bibirnya. Entah bagaimana dia nak luahkan apa yang ada di hati dia sekarang ini. Nak kata rindu Carlo? Boleh rentung muka dia akibat menahan malu.

"Awak takut eh, Laikha?" teka Carlo dengan kening yang terjungkit tinggi.

Bila dengar itu, taut pada kening Laikha bersatu.

"Takut? Takut apa?" Sungguh, Laikha tak faham dengan telahan Carlo.

"Takut rindu awak pada saya memberat."

Laikha telan liur yang terasa kesat di kerongkong. Matanya sudah tak mampu lari dari merenung tunak mata hazel itu.

Betul. Tekaan Carlo memang selalu tepat. Itulah yang dia takut.

Tapi ada perkara lain lagi yang lebih dia takutkan. Bukan sahaja takut, risau pun termasuk dalam pakej.

Lamaran Carlo.

Seakan faham dengan renungan sayunya, Carlo menarik senyuman tipis.

"Don't worry, Laikha. Trust me. Whatever the result is, I will always waiting and accept it." Carlo lembut memberitahu.

Seraut wajah polos itu ditilik. Dari mata hitam pekat yang menawan turun pula ke hidung mancung yang terletak elok. Kemudian turun lagi dan mata Carlo kini berhenti tepat pada bibir merah merekah itu.

Kulit bibir itu kelihatan sedikit kering. Sebahagiannya ada yang sudah terkupas. Dan Carlo yakin, Laikha telah menggigitnya.

Biarpun begitu, tak tahulah kenapa Carlo tetap merasa bibir itu kelihatan sempurna.

Cintanya terlalu kuat sehingga matanya buta untuk melihat segala cacat cela yang ada pada Laikha.

"Take care, Laikha..." ucap Carlo, membuatkan Laikha diam tak berkutik.

"Kalau ada apa-apa berlaku, call aje saya. I already save my number on your phone." kata Carlo lagi sembari menyerahkan sebuah goody bag kepada Laikha.

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now