Bab 5

4.8K 236 4
                                    

Beberapa minit berlalu, akhirnya mereka tiba di destinasi. Laikha mendongak, memandang bangunan yang gah dan tinggi di hadapannya kini. Dia tahu, inilah hotel yang Carlo kata tu. Bila difikirkan...hotel?

Laju sahaja tangan menyeluk poket. Kosong. Pandang diri sendiri pun baru dia teringat sesuatu. Dia sehelai sepinggang!

"Carlo..." Hujung jaket kulit hitam lelaki itu ditarik-tarik sehingga membuatkan lelaki itu menoleh.

"Yes, Laikha? Kenapa ni?" soal Carlo, gentleman.

Kiri dan kanan poket seluar ditepuk dua kali. Laikha menggeleng bila Carlo pandang wajahnya.

"Macam mana ni, Carlo? Saya mana ada duit nak bayar awak. Saya pun tak ada duit untuk bayar hotel ni." Pandangan dilemparkan ke arah lobi hotel yang ada di depan sana.

Air liur ditelan. Dari luar pun dia dah dapat rasa hotel ni mahal. Kereta yang terparkir di sini pun bukan calang-calang rupa. Nampak gaya, orang yang menginap di sini semuanya datang dari golongan elit dan bangsawan.

Gulp!

"Don't worry, honey. Pasal hotel ni, biar saya urus. Pasal tadi, saya tak minta bayar pun. Saya betul-betul ikhlas."

Bergenang air mata Laikha mendengarnya. Sungguh dia terharu. Tapi dalam masa yang sama, dia juga tidak mahu menyusahkan Carlo.

"Jom ikut saya."

Carlo menggamit Laikha bila gadis itu masih tak nampak ada aura ingin berganjak.

"Tapi Carlo..."

Baru sahaja dia hendak berlalu, suara Laikha terlebih dahulu mematikan langkahnya.

"Saya takut." Laikha melilau sekeliling kawasan. Tubuhnya kembali menggigil saat kelihatan beberapa orang lelaki sedang lalu-lalang di sana.

Melihat itu, Carlo tanpa segan-silu langsung menarik tangan kecil itu lalu dipautkan pada lengan kekarnya. Terbelalak terus mata Laikha dibuatnya. Tapi tidak pula dia tarik balik.

"Apa awak buat ni?" bisik Laikha.

"Stay with me. I promise. Maybe, you will feel safe like this." Carlo terus sahaja membawa Laikha melangkah. Tidak dihiraukan mata yang lekat memandang ke arah mereka.

Sesekali dia rasa tangan Laikha mencengkam kuat lengannya saat ada lelaki melintasi mereka. Carlo hanya membiarkannya. Mungkin begitu cara Laikha melepaskan rasa takut yang menyerang.

Mereka kini berhenti di hadapan lif. Ingin naik ke tingkat 10, guest room. Ya, Carlo sudah memberitahu Han yang dia hendak menempah ruang itu. Atas alasan apa, nanti dia akan ceritakan kepada bos a.k.a sahabat dia tu sendiri.

Sedang mereka menunggu pintu lif terbuka, Carlo toleh ke samping. Dahinya bertaut saat menyambut wajah Laikha yang kelihatan cemas sambil menatap lif itu. Lehernya naik turut, menelan liur. Dahi pula berkeringat. Aik? Kenapa dengan Laikha ni?

"Laikh---"

"Awak, kita naik lif ke?" soal Laikha dengan wajah yang sukar dibaca.

"Ya." Biarpun agak terkejut, Carlo tetap balas.

Oh no!

"Awak, kat sini ada tangga tak?" Naik turun dada Laikha tika ni.

Carlo yang mendengarnya jadi makin hairan. Kenapa dia ni?

"Ada." Macam selalu, Carlo tetap setia menjawab.

"Kita naik tangga aje la, Carlo."

"Hah???" Dia salah dengar ke?

Terkebil-kebil matanya pandang Laikha. Gadis itu pula separuh mati tayang muka penuh harapan.

"Carlo, pleaseeee...." Laikha memohon dengan wajah yang kian memucat.

"Hey, what's wrong?" Tangan Carlo sudah naik mencengkam kedua belah bahu Laikha. Lembut.

"Saya tak boleh. Saya tak boleh naik." Tersekat-sekat Laikha memberitahu.

"Laikha..." Carlo tunduk merenung mata layu itu. Belum sempat mulut ingin menyambung kata, kedengaran bunyi telefonnya berdering. Lantas telefon dikeluarkan dari poket.

Mr. Han

"Ada orang call awak ke, Carlo?"

Carlo mengangguk.

"Laikha, awak naik dulu. Nanti saya menyusul." Carlo ingin berlalu bila bajunya terasa ditarik seseorang. Dan bila dia menoleh, Laikha sedang menggeleng.

"Tolong jangan tinggalkan saya. Saya takut." Laikha berusaha menahan diri daripada menangis.

Sungguh dia tak main-main. Dia takut. Takut gila!

"Hey, nothing to scare of, Laikha. Trust me, semuanya akan baik-baik aje. Naiklah dulu. Saya janji, saya akan terus naik kejap lagi." Carlo tayang muka yakin.

"Saya naik tangga."

"Jangan, Laikha. Tingkat sepuluh tu jauh. Nanti kaki awak sakit." Carlo menggeleng.

Ting!

Pintu lif terbuka.

"Pergilah. Saya pergi kejap aje."

Kemudian itu, Carlo langsung meninggalkan Laikha yang sudah terpinga-pinga sendiri.

"Carlo!!!"

Tiada sahutan. Ya Allah, macam mana ni?

to be continue🕊

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now