Bab 52

3.8K 176 21
                                    

Laikha kemam bibir, menahan esak dan tangisan. Kala ini, matanya menjadi saksi. Telinganya, mendengar segala-galanya. Di luar bilik di mana dia dikurung, dia ternampak Carlo dan Laura. Pintu yang sedikit terbuka membuatkan matanya dapat melihat mereka tanpa dipinta.

Apabila ternampak Carlo, Laikha kembali menangis. Rindu dan bimbangnya bergabung menjadi satu. Semuanya bercampur-baur. Rindu kerana dapat melihat wajah lelaki itu. Bimbang kerana melihat penampilan Carlo yang tak terurus. Carlo nampak kurang sihat. Risau Laikha semakin menjadi-jadi membuatkan kekuatannya semakin merosot. 

"Sebab dia dah rampas kebahagiaan aku!"

Jeritan Laura membuatkan Laikha kembali menghambur air mata. Dia tak tahu, sesakit itu Laura tatkala munculnya dia di dalam keluarga Laura. Kalau dia tahu, dia takkan pernah hadap dan sanggup bersendirian tanpa merampas kebahagiaan orang lain.

"Maafkan kakak, Laura..." kata Laikha perlahan bersama air mata yang kian lebat menodai pipi.

*****

"Kebahagiaan apa yang Laikha dah rampas daripada you, Laura?" soal Carlo, tenang.

Mendengar itu, Laura langsung menyungging senyuman sinis.

"You ask me what?"

Carlo diam. Hanya matanya sahaja memandang datar Laura.

"All, Carlo! Perempuan tak guna tu dah rampas semuanya! Apa yang I nak, semua dia dapat. I? Macam orang gila berusaha dapatkan tapi dia pula semudahnya dapat. Ayah I dah jatuh sayang dekat dia macam anak sendiri sedangkan I yang anak dia pun tak macam tu. Dia dapat ayah I. Dia dapat you. Dia dah rampas you daripada I!"

"You totally wrong, Laura. She didn't even grab but me. I really wanted her so much."

"Arghh!" Berdesing telinga Laura bila kata-kata Carlo itu masuk ke dalam telinganya. Panas.

"Kenapa you suka sangat nak back-up perempuan tak guna tu, hah?!" marah Laura.

"Then, should I back you up and why should i do that?" Carlo dengan riak tak bersalahnya bertanya.

"Wah..." Laura tayang muka tak percaya. Dia menggeleng sambil menepuk-nepuk tangan.

"Perempuan tak guna tu dah bagi makan you apa pula, Carlo?"

"She feed me with her kindness. And her kindness made my heart fall in love with her hudred times."

Carlo akhirnya kembali menegakkan tubuhnya. Dia melangkah setapak mendekati Laura. Kosong. Hanya riak dingin persis serigala jadian yang dia lemparkan kepada wanita di hadapannya kini. Kemesraan? Sudah tiada. Mesranya kini hanya kepada sesiapa yang berhak. Bukan kepada yang telah menyakiti wanitanya.

"You should be grateful to have a good sister like Laikha. It doesn't matter if she is flesh blood or not, but the woman you said useless is the one who sacrificed everything!"

Untuk pertama kalinya, Laura tersentak apabila Carlo tiba-tiba meninggikan suaranya.

"C...carlo, did you just..."

"I'm sorry, Laura but you already lose my patience." Carlo menggeleng, kesal.

"Don't you realized? Laikha has sacrificed everything for everyone. She's willing to sacrifice her happiness to see others happy. She have a hard life. Sometimes she is willing to starve. But because of her kind heart, she is willing to give what she has to others."

"Like now. Dia sanggup putuskan hubungan kami walaupun hati dia tak reda. Dan awak nak tahu kenapa?" Carlo pandang Laura.

"Sebab dia tak nak lihat orang yang dia sayang terluka kerana dia. Sebab dia tak sanggup ragut kebahagiaan orang yang dia sayang. Dia sanggup utamakan orang lain dan biarkan dia sendiri menanggung sengsara. Dan saya..." Carlo tunjuk diri sendiri.

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now