Bab 7

4.7K 266 15
                                    

Mata bagaikan sudah lupa cara untuk berkelip sebaik sahaja Carlo meletakkannya di atas katil di dalam bilik itu.

Sekeliling ruang dipandang. Cantik dan mewah. Bilik suite itu benar- benar luas dan besar. Tidak hanya mempunyai ruang tidur, malah bilik ini juga mempunyai sebuah pejabat dengan ruang tamu yang cukup lebar. Hiasannya jangan cakaplah. Semua bahan dan perabot mahal. Boleh tercekik cicak dia dibuatnya.

Aku mimpi ke? Laikha menggosok matanya. Tak pernah sesekali dia membayangkan dirinya akan menginap di tempat seperti ini. Biliknya di rumah agam itu juga tak ubah seperti stor. Yang membezakannya cuma ada sebuah katil dan jendela. Cukuplah buat dia menghirup udara segar.   

"Carlo, terima kasih sebab dah bantu saya. Saya janji kalau saya ada duit, saya akan ganti semua ni."

Melihat itu, Carlo hanya mengangguk. Laikha mahu bayar ataupun tidak, dia tidak pernah ambil kesah.

"Saya tak kesah pun kalau awak tak nak bayar balik." Carlo tayang riak selamba. Duduk dilabuhkan disebelah gadis itu.

Seketika, Laikha mula terfikir sesuatu.

"Tapikan, Carlo..." Laikha merenung Carlo yang turut memandang ke arahnya.

"Yes?"

"Siapa awak sebenarnya? Macam mana awak boleh tempah bilik besar macam ni?"

Carlo senyum sebaik sahaja Laikha bertanya. Kot bajunya dibetulkan sedikit. Dia berdehem, ingin basahkan tekak sebelum mula menjawab.

"Sebenarnya saya bodyguard Mr. Han Dylen, empunya hotel ni."

Laikha terlopong. Apa? Bodyguard? Dia tak salah dengarkan?

"Seriuslah?" soal Laikha inginkan kepastian.

Carlo angguk. Laikha termangu sendiri. Patutlah tegap, kuat pula tu nak angkat dia sampai tingkat sepuluh ni. Bodyguard rupanya!

Beberapa minit mereka berdiam diri, Carlo akhirnya kembali bersuara.

"Laikha..."

Laikha menoleh dengan sebelah kening terangkat.

"Can I asked you something?"

Tanya sesuatu? Tanya apa tu? Berdebar-debar dada Laikha menunggu soalan apa yang Carlo nak tanya dia.

"Macam mana awak boleh ada Claustrophobia?"

Carlo bangkit lalu menyelak lebar langsir yang menutup pemandangan luar. Langsir itu  dia buka selebarnya, barulah terang sikit bilik ni.

"Oh tu..."

Laikha menggigit bibir bawah. Otaknya buntu hendak berfikir jawapan yang hendak dia bagi kepada Carlo.

Dia tidak rela. Dia tidak mahu lelaki yang baru dia kenal tiba-tiba ini masuk campur tentang hidupnya. Dalam erti kata lain, dia tidak mahu Carlo turut terbeban kerana dia. Cukuplah apa yang terjadi ni sudah menyusahkan lelaki itu. Kalau nak cerita isu peribadi tu...memang tidaklah!

"Saya pernah terkunci dalam bilik kecil." Lengan yang tidak gatal digaru. Sudah Laikha...hanya itu sahaja kau boleh kata.

"Seriously? How can?" Carlo kembali mendekati Laikha. Kali ini kerusi di hadapan gadis itu ditarik. Dia duduk. Pandang Laikha dengan riak tanda tanya.

"Errrr..."

Apa Laikha? Apa nak kata ni?

"Laikha?"

"Oh sebab tu...kecuaian saya sendiri. Silap saya juga sebab lupa yang tombol pintu bilik saya tu rosak." Sedaya upaya, Laikha cuba kelentong.

Ya Allah, semoga Carlo percaya.

"Oh..."

Melihat Carlo angguk, Laikha senyum. Lega hatinya bila lelaki itu mula yakin dengan cerita yang dia buat-buat tu. Fuh!

Carlo tersenyum. Dia tahu Laikha sedang menyembunyikan sesuatu. Cuma sahaja gadis itu tidak ingin bercerita. Tidak mengapalah. Itu hak dia. Lagipun kalau Laikha tak mahu cerita, dia takkan paksa.

Lagi pula, siapalah dia?

"Kalau macam tu, baiklah. Apa-apapun, awak rehatlah dulu." Carlo ingin berlalu bila suara Laikha menyekat langkahnya.

"Awak nak pergi mana?" Wajah Laikha nampak resah.

"Saya nak turun bawah sekejap. Free nanti, saya naiklah jumpa awak. Kalau awak bosan dalam ni, keluarlah ambil angin. Dalam hotel ni, tak ada orang jahat pun. Pengawalan dekat sini ketat."

Biarpun panjang lebar Carlo menerangkan, satu pun tak masuk telinganya. Fokusnya kini hanya satu... Carlo.

"Carlo, awak nak tahu sesuatu tak?"

"Nak!"

Terkejut beruk Laikha melihat reaksi Carlo yang kembali meluru ke arahnya itu. Aik...tak jadi nak turun ke? Dengan manik mata yang berbinar lagi. Hairan betul dia dibuatnya. Tapi Laikha abaikan sahaja. Bibirnya diusahakan melorek senyuman.

"Jujurnya, selama saya hidup di dunia ni saya tak pernah ada kawan." Bukan takat kawan, kenalan pun dia tiada. Hanya Kak Pah dan ayah tempat dia berborak.

Hidupnya benar-benar sunyi. Terkadang, ketawa dia dalam sebulan pun boleh dikira dengan jari. Satu sahaja dia minta, teman.

"What?! Seriously, Laikha?" Mata Carlo melebar bahana terkejut dengan apa yang baru telinga dia dengar. Sungguh, dia tak percaya.

Laikha... tak pernah ada kawan? Bermakna hidupnya selalu berada dalam kesunyian?

Laikha mengangguk.

"Jadi, saya cuma nak tanya..." Laikha menggenggam kedua tapak tangan sambil menekur pandangan ke lantai.

"Nak tak awak jadi kawan saya, Carlo?" Serentak itu, pandangan mata mereka terus berlaga.

Berdetak kencang jantung Laikha menunggu jawapan dari lelaki itu. Mahukah lelaki seperti Carlo itu berkawan dengannya?

Lebar senyum Carlo mendengar pertanyaan Laikha.

"Sure! Then I'm glad to be your first friend." Hanya itu Carlo kata sebelum bibir panjang menarik senyuman.

"Errr..." Laikha nampak sedang berfikir.

"Why?" Carlo tanpa segan silu terus bertanya.

"Glad to be my first friend? Orang kata orang pertama ni paling susah nak lupa." kata Laikha tiba-tiba.

Carlo senyum lagi.

"Then, please put me on your mind. Always"

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now