Bab 45

2.5K 119 9
                                    

Rumah Han.

Di sini lah dia sekarang. Di hadapan bos merangkap kawan baik sendiri. Menangis? Tak lah. Cuma mahu bercerita tentang apa yang telah terjadi antara dia dan Laikha tempoh hari.

Pasal Laikha nak batalkan pertunangan mereka, Carlo tak beritahu lagi kepada siapa-siapa. Hanya Han sahaja yang tahu. Sebab Carlo seratus peratus yakin, Laikha tak bermaksud langsung pun nak akhiri hubungan mereka. Carlo yakin, ada sesuatu yang terjadi kepada Laikha. Gadis itu tersekat!

Walaupun begitu, tetap jugalah hati Carlo ni terasa. Tipu lah kalau kata dia tak terkilan langsung dengan apa yang Laikha cakap. Lagi-lagi bila Carlo sedar yang Laikha sedaya upaya tayang muka dingin dan datar.

Terseksa!

"Arghh!"

"Calm down, Carlo." Han menenangkan Carlo yang kelihatan serabut itu.

"What should I do now?" Carlo meraup kasar wajahnya. Frusted.

"Be matured, Carlo. Sabar. Tenangkan diri kau dulu. Kau sayangkan Laikha, kan?" Susah juga dapat kawan cengeng macam Carlo ni.

Carlo menoleh perlahan.

"Mintalah apapun, aku sanggup buat apa saja demi Laikha. Then, apa lagi yang kau boleh describe tentang perasaan aku dengan dia?" lirih Carlo.

"Nothing then love." jawab Han seraya melabuhkan punggungnya di kerusi bertentangan Carlo.

Power of Love

Tiga perkataan itu mengingatkan Han kepada kisah lalu antara dia dan Erina, kekasih merangkap isteri kesayangannya.

"Hear me out, Carlo." Han kembali membuka suara, tegas.

"I know you're not the easy type to give up. Especially that involves woman, right?"

Carlo hanya diam, tetapi dalam hatinya mengeyakan kata-kata Han. Ya, dia memang jenis yang tak mudah putus asa. Lagi-lagi yang melibatkan perempuan. Perempuan kesayangannya. Tapi...

Women he already loves is his weakness

Perempuan yang dia sayang juga boleh menjadi kelemahannya. Macam sekarang. Dia lemah tapi harus berpura-pura kuat.

"Kau yakin Laikha nak batalkan perkahwinan kau orang ni bersebab?"

"Ya, aku yakin." Carlo akhirnya bersuara. Dipandangnya Han dengan tatapan gagah.

"Laikha terdesak. Dan dia juga mungkin telah diugut oleh..." Carlo berhenti sekali sebelum menyambung.

"Orang ketiga."

Huh? Berkerut seribu dahi Han mendengarnya. Bingung. Namun bila dia pandang mata Carlo, sedikit sebanyak dia mula faham.

"Kau yakin sebab tu?" soal Han. Dan Carlo sekali lagi mengangguk. Yakin.

"Then, settle it down and bring back your girl." Itu kata Han sebelum pintu pejabat yang terletak di rumahnya dikuak dari luar.

Tersembul wajah Erina, isteri kesayangannya bersama dengan puteri mereka dalam dukungan.

"Boleh Erina masuk?" Sopan sahaja Erina meminta izin.

"Just come in, mariposa."

Erina tersenyum sebelum kaki diorak masuk ke dalam pejabat tersebut. Dia mengambil tempat disamping Han.

Carlo dipandang. Bila lelaki itu sudah mula mendepakan tangan, Nia yang berada dalam pangkuan langsung diserahkan kepada Carlo. Dah biasa.

"Are you okay, Carlo?" Bukan niat dia hendak menjaga tepi kain orang tetapi perasaan simpati itu tetap tak boleh nak elak dalam diri Erina. Lagi-lagi bila dia tak sengaja dengar perbualan antara Han dan Carlo tadi.

"I'm always okay, tesoro." balas Carlo, tersenyum kelat. Tangannya sibuk mengusap-usap pipi Nia yang sedang terlena itu. Comel.

Erina yang melihat itu menggeleng.

"You need to be strong, Carlo." Kata-kata semangat dilontarkan kepada Carlo.

Bila dengar itu, Carlo terus angkat kepala. Senyum.

"I will."

*****

Laura melangkah penuh gaya ke dalam hotel.

Hotel De' Stella.

Tak bagitahu pun dah tahu apa tujuan dia datang sini. Tak lain dan tak bukan...

Nak jumpa Carlo.

Bibirnya merekah dengan senyuman sebaik sahaja sepasang matanya tak sengaja ternampak susuk Carlo yang baru saja keluar dari lift.

Satu perkataan yang boleh dia kata...

Handsome!

Carlo memang kacak. Tapi...

Serta-merta, dahi Laura berkerut. Dari tempat dia berdiri, kelihatan wajah Carlo yang tak seperti selalu. Lelaki itu nampak kusut dan serabut. Bukan dari segi penampilan tapi air mukanya.

Lihat itu sahaja, Laura dah dapat membaca sesuatu. Dia tahu, Carlo kini sedang diambang masalah. Dan tak perlu banyak bertanya, dia sudah pun tahu puncanya.

Smirk.

Akhirnya, Laikha akur juga kata-katanya.

Lantas, Laura melangkah laju mendekati Carlo. Bila sudah berada depan mata, dia langsung menyapa.

"Carlo..."

Carlo menoleh. Kerut pada wajahnya kembali kendur sebaik sahaja wajah Laura memenuhi retina mata.

"Laura?"

Laura senyum. Suka bila namanya meniti di bibir seksi Carlo.

"You still remember me." Laura menyisip anak rambutnya ke belakang telinga. Kemudian, buat gaya menggedik.

Carlo tersenyum melihat itu. Senyum? Oh, jangan salah faham. Dia bukannya tersenyum manis, tapi...

"Orang macam you ni memang sampai bila-bila saya akan ingat, Laura." Penuh tersirat ayat yang Carlo lontarkan. Sempat juga dia tersenyum sinis di hujung ayat sebelum kembali menayang muka ramah.

"Oh my god, Carlo. Really?" Laura menekup mulut tanda tak percaya. Kata-kata Carlo itu benar-benar buat hatinya berbunga.

Carlo tak membalas. Sebaliknya, dia hanya tersenyum. Cukup, itu pun sudah mampu membuatkan Laura mabuk kepayang melihatnya.

"Carlo..."

"Yes, Laura?" Lembut saja suara Carlo.

Dan sekali lagi, Laura rasa macam nak menjerit. Gila. Carlo memang dah buat dia benar-benar mahu memiliki jejaka ini sepenuhnya.

Bye, Laikha...

Laura berdehem. Baiki tekak gamaknya. Carlo pula hanya diam menanti. Tak betah sebenarnya dia mahu berlama-lama ni, tapi kalau itu boleh buatkan rahsia terbongkar, dia sanggup.

"Wanna lunch together?"

To be continue🕊

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYМесто, где живут истории. Откройте их для себя