Bab 10

4K 183 13
                                    

Di kafe yang tidak terlalu ramai pengunjung. Bibir naik mengulum sinis saat wajah lelaki di hadapannya itu dipandang. Lelaki itu juga turut memberi reaksi yang sama. Senyum penuh misteri.

Tanpa membuang masa lagi, Laura langsung mengeluarkan sesuatu di dalam beg nya. Sampul bersaiz A4 yang ada di dalam tangan kini diserahkan kepada lelaki tersebut.

"Nah..." Sampul tersebut bertukar tangan.

Lelaki itu tersengih. Pantas sahaja tangan membuka sampul tersebut. Sengihnya makin lebar tatkala mata menangkap sejumlah wang ringgit setebal lima sentimeter di dalam sampul coklat itu.

"Thanks." Hanya itu dia balas. Sampul itu langsung dimasukkan ke dalam beg hitam miliknya.

Lelaki itu ingin berlalu bilamana suara Laura mematikan langkahnya.

"Aku dah bagi kau duit. Jangan pura-pura lupa pula tugas kau." Laura tegas mengingatkan.

Lelaki itu berpusing. Matanya berlaga dengan mata yang sarat dengan dendam itu lama. Kemudian, mulut dia naik mengulum senyuman. Angguk.

"Tak payah risau. Aku tahulah apa aku nak buat." Lelaki itu sinis berkata.

"Good. Kalau tak, aku ambik balik duit kau tu. Biar kau merempat balik dekat tepi jalan sebab tak ada duit." Mata tajam menusuk renungan lelaki itu.

Sengih misteri.

"Aku tahu."

Dan lelaki itu langsung melangkah keluar kafe. Meninggalkan Laura yang sejak tadi sudah dengan rancangan jahat dalam otak. Tak lupa juga, senyum sinis yang seakan wajib terpamer di wajah wanita itu.

Misi akan bermula!

*****

Tidak terasa, sudah lima hari dia menginap di hotel bertaraf lima bintang ini. Tidak dapat diungkapkan betapa bersyukurnya dia tatkala tubuh itu mendapat tidur dan rehat secukupnya. Selama hidup beberapa tahun ini, tidak pernah lagi ranjang sehempuk tempat ini menjadi tempat dia berlabuh saat mata hendak terpejam. Tidak pernah!

Biarpun begitu, Laikha tetap bersyukur dengan apa adanya. Setidaknya dia masih punya tempat tinggal. Dia juga masih ada katil untuk merebahkan badan. Tidaklah selesa mana, tapi cukuplah untuk dia yang sekadar menumpang kasih.

Sepanjang lima hari ini juga, dia tidak berani hendak keluar. Mungkin kerana masih takut dan trauma akan kebarangkalian yang mungkin akan berlaku lagi. Lagipun, tidak mengapalah. Dia lebih suka meluangkan masa dengan menatap pemandangan luar melalui beranda bilik tersebut.

Cantik! Lagi-lagi waktu malam.

Dan soal lelaki bernama Carlo Riveno atau lebih pendek Carlo itu, Laikha semakin selesa dengannya. Setiap beberapa jam, mesti lelaki itu akan muncul di hadapan pintu. Dengan buah tangan di tangan. Tak pernahlah tangan tu nak kosong. Ada sahaja yang dia nak bawa. Lagi-lagi, sesuatu yang berbaur makanan.

Tapi hari ini, Laikha benar-benar terkejut besar. Apa yang Carlo berikan kepadanya, memang luar dari kotak fikirannya. Matanya bukan lagi menjamah makanan. Melainkan sebuah kotak yang nampak biasa, namun menjadi kegilaan kepada pengguna gajet apabila melihat isi kotak tersebut. Trend!

"Carlo!!!"

"Suka?"

Melihat Carlo yang hanya tersenyum tanpa beban di bahu itu, Laikha tepuk dahi. Bertambah lagi hutang begini. Adoi!

"Kenapa awak belikan saya telefon? Iphone 13 pula tu! Mahal tahu tak?"

Kaki Laikha sudah terjengket-jengket. Tak tenang dah duduk dia. Si Carlo ni pula boleh tenang bagi dia telefon yang berharga empat angkat ni. Ya Allah!

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now