Bab 42

2.4K 128 9
                                    

Laikha meraup wajah seusai mengaminkan doa. Matanya dipejam buat seketika. Rasa tenang dan lapang sahaja jiwanya setelah beberapa minit merintih di hadapan Sang Pencipta.

Dia benar-benar bersyukur. Allah telah mempermudahkan segala urusannya. Tidak lama lagi, dia bakal mendirikan rumah tangga dan bakal bergelar sebagai seorang isteri. Isteri kepada seorang lelaki yang begitu lembut dan penyayang kepadanya.

Mengingatkan itu, hatinya tersentuh. Dia pernah terbaca suatu ayat di sebuah buku. Katanya...

Satu hari nanti, Allah akan hantar seseorang yang akan memelukmu begitu erat hingga semua cebisan hatimu yang dulu retak, pecah dan berselerak bercantum semula menjadi satu hati baru. Hari itu akan tiba bila hari ini kau letakkan keyakinanmu sepenuhnya pada Pencipta.

Laikha termangu sendiri memikirkan ayat itu. Benarlah, hanya Allah sahaja yang mampu menentukan segalanya. Kita hanya manusia biasa, yang hanya mampu merancang. Soal takdir, itu semua di tangan Tuhan. Tugas kita hanya perlu bangkit. Berwudhu dan solat. Dan di saat itu, meminta dan berdoalah dengan setulus hati kepada-Nya agar memberikan yang terbaik untuk kita.

Laikha bangun. Telekung yang dipakainya dibuka lalu dilipat dengan kemas. Kemudian, telekung itu dia letakkan di dalam almari.

Dia berlalu pula ke cermin. Getah rambut yang berada di atas meja dicapai sebelum dia mengikat rambutnya dengan kemas dan rapi. Anak rambut pula sengaja dibiarkan berjuntai.

Usai, Laikha berlalu pula ke birai katil. Niatnya hendak merebahkan diri sekejap. Nak rehat buat hilangkan rasa penat badan. Bila tengok cuaca di luar pun nampak mendung. Kalau hujan, memang sedap ni tidur.

Laikha senyum. Kalau hujan, itu petandanya rahmat. Jadi jangan sia-siakan rahmat yang Allah turunkan. Jom, tidur!

Namun semuanya bagaikan terbang setelah pintu biliknya tiba-tiba dibuka kasar oleh seseorang. Tiada ketuk, tiada salam. Main buka tanpa izin je!

"Woi, perempuan!"

Laikha menunduk sambil memejam mata. Penat. Jujur, tiada mood dia hendak bergaduh mahupun bertekak dengan Laura ni sebenarnya. Dia masih mahu merasai ketenangan tadi, tapi bila Laura datang dengan wajah yang begitu bengis, Laikha rasa semuanya bagaikan hanya kenikmatan sementara.

Tenangnya hilang.

"Bagitahu aku apa yang aku tak tahu daripada kau!" Rahang Laikha sudah selamat dicengkam oleh Laura.

Terdongak terus kepala Laikha dibuatnya. Mata mereka berlaga. Dahi Laikha berkerut. Berkerut sebab apa? Ada dunia sebab. Satu sebab menahan sakit yang mula menjalar di sekitar rahangnya dan kedua, sebab dia tak faham langsung dengan kata-kata Laura itu.

"A...apa maksud Laura ni?" soal Laikha tersekat-sekat. Payah betul nak buka mulut. Cengkaman Laura begitu kuat sampai rasa nak tercabut rahang Laikha dibuatnya.

"Kau tak payah nak acah naif sangatlah! Kau dah bagitahu semua yang kau nak kahwin kan?" Laikha menganggukkan saja kepalanya bila dengar itu.

"Kau memang perempuan tak guna!" Laura semakin memperkuatkan cengkamannya sehingga membuatkan Laikha berdesis sakit.

"Aku tak kira. Aku nak kau batalkan semuanya. Putuskan hubungan kau dan lelaki yang kau nak kahwin tu."

Laikha terkedu. Kenapa tiba-tiba ni? Dia tak gila sampai nak buat semua tu.

"Kenapa Laura cakap macam tu?" soal Laikha bila Laura mula melepaskan rahangnya. Lega sikit rasanya walaupun peritnya masih terasa.

Huh! Laura menjeling sebal sebelum matanya kembali menikam tajam anak mata Laikha.

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now