Bab 24

2.7K 148 1
                                    

Laikha jauh termenung. Matanya saja memandang ke luar jendela, namun otaknya lari memikirkan perkara lain.

Ayah.

Ya Allah, apa aku dah buat ni? Mesti ayah dan Kak Pah risaukan aku.

Tak semena-mena, air matanya menitis. Rasa rindu dan bersalahnya mula bergabung menjadi satu. Laikha rindukan ayah. Laikha juga rindukan Kak Pah. Suara dan keprihatin mereka, Malaikha Amanda rindu sangat.

Carlo yang baru mendekati Laikha dengan dua cawan coklat panas di tangan itu langsung terkedu. Dahinya berkerut saat melihat bahu gadis yang sedang duduk di hujung sana terhinjut. Laikha menangis?

Carlo mengatur langkah menghampiri Laikha. Ruang kerusi yang masih kosong disamping gadis itu dia duduki.

"Laikha?"

Tersontak. Eh, Carlo ke? Laju-laju air mata yang menitis tadi Laikha tepis. Dia toleh kiri. Kelihatan Carlo sedang melemparkan pandangan kerisauan ke arahnya.

Laikha pandang rambut Carlo pula. Terdapat titisan air yang jatuh pada hujung rambut hitam itu. Tubuhnya juga dibaluti dengan bathrope berwarna putih paras bawah lutut. Err... mungkin Carlo baru lepas mandi.

Laikha kembali merenung manik mata hazel itu. Lama. Tak semena-mena, dia menunduk semula dengan jernihan mutiara yang mengalir perlahan di pipi.

"Carlo..." Bergetar suara Laikha memanggil lelaki itu.

"Wait..."

Belum sempat Laikha ingin menyambung kata, Carlo terlebih dahulu menghalang. Diserahkan secawan coklat panas yang dibawanya tadi kepada gadis itu.

"Awak nampak penat. Minum ni dulu."

Laikha hanya mengangguk patuh sebelum tangan mencapai cawan tersebut. Dia mencicipi air itu beberapa kali. Usai, cawan tersebut dijatuhkan di atas ribanya. Tunduk.

"Okay, you can continue honey..."

"Saya rasa nak balik."

Uhuk!

Tersedak Carlo tatkala mendengar itu. Baru sahaja air yang dia minum tu nak lalu tekak, tercekik pula ditengah jalan bila bibir mungil itu bersuara.

"Pardon?" Carlo meletakkan cawannya di atas meja. Pandangan kini seratus peratus di talakan ke arah Laikha.

Laikha mengangguk. "Saya nak balik, Carlo. Saya...saya..." Laikha tertunduk. Haih, adakah dah tiba masanya untuk dia ceritakan semuanya kepada Carlo?

"I'm all ear, Laikha."

Laikha yang tadinya menunduk langsung mengangkat kepala. Matanya berkaca-kaca. Tinggal tunggu masa aje lagi air matanya akan pecah.

"Carloo..."

"Saya tahu ada sesuatu yang membuku di hati awak, Laikha. Saya tahu. Saya dapat rasa. Jadi, lepaskanlah. Ceritalah dekat saya. Saya akan selalu jaga telinga saya ni untuk dengar semua cerita awak. I'm willing." kata Carlo dengan nada penuh kelembutan. Tiada kekerasan. Yang ada hanya ketulusan yang jelas tergambar.

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now