Nayraish | 63

39.6K 2.2K 426
                                    

LUTUT Dian terasa lemah. Sejak dia menerima berita kematian Harith hingga kini, jiwanya seakan mati. Hampir luruh jantungnya menerima kenyataan pedih ini.

Jenazah arwah Harith telah pun di bungkus dengan kain kafan.Terlihat tenang saja wajah jenazah ketika itu.Mungkin arwah pergi dalam keadaan yang baik.

Dian merenung sayu wajah jenazah suaminya itu.Baru sekejap mereka bergelar suami isteri,dia ditinggalkan begitu sahaja.Baru seminggu mereka sempat menjadi pengantin baru tapi hampa.Harith telah pergi menghilang membawa semua kenangan mereka.

Selepas ini, tiada lagi orang yang akan menjadi imamnya. Tiada lagi orang yang akan menemaninya mengaji. Tiada lagi orang yang akan menceritakan kisah-kisah Islam kepadanya sebelum tidur. Tiada lagi pesanan dari seorang Harith Amsyar. Semua telah hilang dan usai.

Baru sekejap Dian merasakan kasih sayang daripada suaminya itu. Baru sahaja dia ingin membina keluarga sendiri namun harapannya telah punah. Dia kembali menjadi sebatang kara seperti dulu.

Namun dia pasrah dengan takdirnya. Kerana sudah tertulis manusia tercipta dari tanah dan manusia akan kembali semula ke tanah. Sekuat apapun dia ingin melawan takdir, dia tidak akan mampu mengubahnya.

Dian mencuba menahan tangisannya namun dia tidak mampu.Dia tidak kuat.Masih jelas terasa hangatnya pelukan suaminya itu semalam namun sekarang terasa dingin.Masih jelas di ingatannya setiap ucapan arwah Harith.

"Saya nak mati ketika bergelar status suami awak."

"Saya nak jadi suami mithali dan ayah yang sholeh untuk anak-anak kita nanti." Ayat ini membuatkan Dian bertambah sedih kerana suaminya itu tidak sempat merasa menjadi seorang ayah.

"Dear, kalau saya dah takda di sisi awak, jangan nangis tau.Awak kena bahagia walaupun saya takda."

"Semoga cinta sejati kita ni tak kan pernah pudar walau apapun yang terjadi."

"Saya sanggup mati dulu, dear. Saya tak rela hidup tanpa ada awak dalam dunia ni."

"Saya akan tetap cintakan awak
tanpa henti walaupun nafas saya
terhenti suatu hari nanti. I love you so much, makmumku."

"My makmum, walaupun saya dah tak mampu nak jadi imam awak suatu hari nanti, jangan pernah abaikan solat tau."

"Saya selalu berdoa supaya Allah lindungi awak jika saya tak mampu nak jaga awak suatu hari nanti."

"Saya sayang awak sangat-sangat. Cinta saya takkan pernah mati walaupun saya mati nanti."

"Kalau teringat saya, doakan saya tau. Kita jumpa dekat sana nanti."

"Jaga diri baik-baik sayangku. Cinta kita takkan berakhir walaupun alam kita tak sama nanti."

Baru sekarang dia faham kenapa suaminya selalu menyebut tentang kematian. Sepertinya Harith juga telah bersedia untuk kembali kepada Ilahi. Semoga amalan arwah cukup untuk menjadi bekalannya masuk ke syurga kelak.

Dian duduk di tepi jenazah Harith. Air mata dikesat sebelum dia mengucup lama dahi jenazah Harith. Itulah kucupan terakhir yang mampu dia berikan. Sedaya upaya dia tahan air matanya supaya tidak mengalir ketika itu. Sempat juga dia memeluk tubuh kaku jenazah Harith itu. Pelukan terakhir mereka di dunia.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now