Nayraish | 22

35K 2.5K 539
                                    

SEJAK semalam, Nayra hanya mendiamkan diri. Hatinya masih terasa dengan kata-kata Aish. Namun dia tidak mengabaikan Aish kerana dia tidak ingin menjadi isteri yang derhaka.

"Aku nak pergi kerja ni," pamit Aish lalu berdiri berhadapan dengan isterinya itu. Nayra pun menyalami tangannya tanpa dipinta.

"Saya nak minta izin keluar nanti boleh tak?" soal Nayra dengan nada yang lembut. Semarah apapun dia, dia tidak ingin meninggikan suara pada suaminya.

"Nak pergi mana?" soal Aish agak risau ingin melepaskan Nayra keluar sendirian.

"Nak pergi jumpa Alya, tak lama lagi kan Alya nak kahwin." 

"Erm yelah. Take care." Berat hati Aish mengizinkan tapi dia tak mahu Nayra rasa rimas tinggal di rumah sendirian.

"You too." Mata Nayra mengekori belakang badan Aish yang sudah keluar rumah.

"Nayra..." Aish pusingkan badannya menghadap Nayra yang masih berdiri di depan pintu.

"Kenapa, Aish?"

"Aku minta maaf." Singkat namun padat. Aish rasa bersalah atas setiap perkataannya pada Nayra.

Nayra statik di tempatnya. Aish minta maaf? Tapi nanti pasti lelaki itu akan menyakiti hatinya lagi dengan sikapnya yang masih gagal move on. Sabar jelah, Nayra.

𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷

TIBA di rumah sewa Alya dan Dian, Nayra terus memeluk tubuh Alya ketika mereka duduk di atas sofa ruang tamu itu. Dia rindu sepupunya itu.

"Kau okey ke, Nay?" Prihatin Alya bertanya. Dia turut risau selepas tahu apa yang menimpa Nayra disebabkan bekas kekasihnya.

"Aku okey tapi aku takut, Lya... Aku tak tahu bila Khai akan muncul dan apa dia akan buat lepas ni. Aku takut." Keluhan mengiringi ucapan Nayra. Jujur, dia tak tenang selagi Khairul masih berkeliaran.

"Polis masih belum jumpa dia?"

"Dia terlalu pandai sembunyikan diri."

"Jadi, macam mana? Kalau dia cederakan kau lagi macam mana, Nay? Ish semua ni salah aku... Aku tak sangka akan jadi rumit macam ni." Alya rasa sangat bersalah kerana Nayra terpaksa terkena tempias perbuatannya.

"Aku okey jelah, lagipun aku dah ada suami," pujuk Nayra padahal dia juga takut tapi dia tidak ingin menambah kerisauan sepupunya itu.

"Erm suami kau layan kau dengan baik?" soal Alya risau. Dia tahu mereka kahwin tanpa dasar cinta.

"Baik.Baik sangat,dia jujur dan setia orangnya." kata Nayra dengan senyuman hambar.

"Baguslah tu setia," puji Alya turut bahagia.

"Tapi bukan setia dengan aku," sambung Nayra dengan riak wajah sedih.

"Maksud kau?"

"Dia setia dengan masa lalu dia."

"What? Dia sama spesies macam Khai ke apa hah? Kenapa susah sangat nak move on!" Panas hati Alya mendengar hal itu. Dia tak rela sepupunya tersakiti lagi.

"Entahlah, Lya. Aku pun tak tahu punca hubungan mereka gagal. Tapi aku takut kalau perempuan tu datang semula dalam hidup Aish, mesti Aish akan tinggalkan aku kan?" adu Nayra dengan perasaan bercampur baur. Dia belum siap kehilangan.

"Kau cubalah buat dia jatuh cinta dekat kau supaya dia boleh lupakan masa lalu dia," cadang Alya sesenang ABC.

"How? Dia langsung takda perasaan dekat aku."

C | Love, Aish Rayhan Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt