Nayraish | 57

40.6K 2.3K 590
                                    

USAI menunaikan solat Isyak, Harith dan Dian mengaji seperti yang dirancang tadi. Sungguh merdu alunan ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh Harith itu. Harith turut membetulkan bacaan Dian jika dia tersilap baca.

"Lancarnya awak mengaji," puji Dian setelah mereka tamat mengaji. Dia sungguh kagum mendengar.

"Mestilah. Saya nak jadi suami mithali dan ayah yang soleh untuk anak-anak kita nanti." Harith sudah siapkan diri sebaik yang mungkin agar dia mampu menggalas tanggungjawab besar itu.

"Beruntung betul saya dapat suami sebaik awak." Dian tersenyum lebar. Tak sia-sia dia menunggu Harith.

"Saya pun beruntung dapat isteri secantik awak." puji Harith lalu dia membaringkan kepalanya di atas paha isterinya itu.

"Banyak lagilah perempuan yang lebih cantik." Dian menundukkan sedikit kepalanya untuk menatap wajah suaminya itu. Mata mereka bersabung.

"But you are the most beautiful one in my eyes." Semakin melebar senyuman Dian mendengar pujian Harith itu. Pandai betul nak ambil hati isteri.

"Eleh sweet talker."

"Awak nampak lebih cantik bila pakai telekung ni." Sangat sejuk mata Harith memandang isterinya itu. Nampak lebih indah bila berpakaian tertutup.

"Saya tak cantik ke kalau free hair?" soal Dian sekadar ingin tahu.

"Memang cantik tapi nampak tak manis lah. Rambut tu kan aurat, takkan nak tayangkan dekat orang lain kan?" Tegur Harith dengan lembutnya, dia tidak ingin Dian terasa hati.

"Erm sorry. Saya dah terbiasa free hair sejak dulu," kata Dian agak malu.

"It's okay, saya tak paksa awak. Tapi kalau boleh, saya nak awak berubah slow-slow tapi jangan terlampau slow," pinta Harith tanpa nada paksaan.

"Bukan setakat pakai tudung tapi saya nak awak menutup aurat dengan sempurna. Dari hujung rambut sampai hujung kaki."

"Biarkan saya seorang saja yang melihat kecantikan dalaman awak." Dian tersentak seketika. Teguran lembut suaminya itu sedikit sebanyak membuka hatinya untuk berhijrah.

"Erm berdosanya saya selama ni sebab dah sebarkan aurat sendiri," kata Dian dengan perasaan bersalah. Manakan tidak, dia tiada keluarga yang mampu menegurnya.

"Setiap manusia pasti pernah melakukan khilaf. Saya yakin awak akan mampu berubah, dear," pujuk Harith sambil mengusap lembut pipi isterinya itu.

"Tolong pimpin saya tau, saya nak masuk syurga. Saya nak jadi bidadari awak," pinta Dian dengan tatapan sayu. Layakkah dia?

"Ya, dear. Saya akan tuntun awak ke syurga kita nanti." Sungguh mempersona senyuman Harith di mata Dian. Aura Harith sangat menyerlah waktu sudah bergelar suami.

"Haah. Saya tak nak jadi syaitan neraka hmm."

"Hahaha comel betul makmum saya ni." Harith tertawa mendengar gurauan isterinya itu. 

"Awak sayangkan saya sebanyak mana?" soal Dian secara tiba-tiba.

"Infinity. Perasaan sayang saya tak boleh dinilai sebab terlalu berharga," tutur Harith dengan tatapan romantiknya. Kerana sayang, dia menghalalkan wanita itu.

"Janji, jangan pernah tinggalkan saya?" pinta Dian lalu menghulurkan jari kelingkingnya.

"Janji. Saya takkan tinggalkan awak kecuali ketika ajal yang memisahkan kita." Harith cantumkan jari kelingking mereka. Entah kenapa sejak kebelakangan ini, dia merasakan seperti ajal semakin menghampirinya.

"Tapi saya tak nak awak yang pergi dulu." Agak sebak nada suara Dian memikirkan hal itu. Cukuplah dia pernah kehilangan kedua orang tuanya dulu.

"Saya sanggup mati dulu, dear. Saya tak rela hidup tanpa ada awak dalam dunia ni." ucap Harith lalu mengenggam erat tangan isterinya.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now