Nayraish | 31

36.4K 2.4K 327
                                    

MEREKA bertiga menunaikan Solat Asar diketuai oleh Aish sebagai imam. Sebaik sahaja selesai, Fattah menghulurkan tangan kecilnya kepada Aish untuk menyalaminya. Aish rasa agak sebak entah kenapa. Beginikah rasanya jika dia menjadi seorang ayah pada suatu hari nanti?

"Alhamdulillah, kita sudah menunaikan ibadah kita. Lepas ni bolehlah Attah main dengan Uncle Ais," kata Fattah dengan sengihannya. Mereka duduk di sofa ruang tamu selepas itu.

"Yelah kau nak main apa?" soal Aish melayankan sahaja karenah Fattah itu.

"Kita main erm lawan pubg nak tak?" ajak Fattah sambil menayangkan gigi taringnya. Aish turut tersenyum, sama pula gigi taring mereka dua.

"Amboi kau reti main game tu ke?"

"Mestilah!"

"Aku tak ada game," ujar Aish jujur. Dia tak ada masa.

"Uncle noob eh?" kutuk Fattah dengan nada mengejek.

"Eh mana ada!"

"Alaa kita nak main apa?" Fattah meletakkan tangannya di dagu, sedang berfikir.

"Kau tengok TV jelah, aku nak rehat," cadang Aish lalu bangun dari sofa itu.

"Alaa nak main dengan Uncle Ais," rengek Fattah sambil memeluk kaki Aish bagi menghalang lelaki itu pergi.

Aish mengeluh seketika. "Mengada betul kan kau ni."

"Hmm malas kawan uncle!" Fattah menyilangkan tangannya ke dada tanda merajuk. Bibir bawah turut dicebik.

"Eee yelah jom." Aish tewas juga melihat muka comel budak itu.

"Amboi Attah, lepas jumpa Uncle Ais terus abaikan aunty ya," tegur Nayra yang hanya jadi pemerhati dari tadi. Boleh tahan baru jumpa, dah jadi geng!

"Hehe Attah kan dah puas main dengan aunty hari tu. Sekarang giliran uncle pula!" balas Fattah dengan muka tidak bersalahnya.

"Erm yelah. Tapi aunty nak ikut main juga," pinta Nayra sambil membuat muka comelnya. Aish hanya gelengkan kepalanya melihat perangai isterinya itu.

"Okay! Apa kata kita pergi main dekat taman?" cadang Fattah teruja.

"Malas." Sepatah Aish menjawab.

"Alaaa pleaselah uncle. Pleaseeee?" rayu Fattah dengan manjanya. Kaki Aish digoyang seketika.

"Aish, jomlah bawa Attah pergi taman. Mesti dia bosan." Nayra rasa kasihan melihat anak abangnya itu merengek.

"Ish menyusahkan ja lah!" kutuk Aish seketika. Nayra membuat muka geramnya mendengar rungutan Aish itu.

"Erm yelah siap cepat!" kata Aish lagi setelah melihat raut wajah Fattah yang seakan ingin menangis itu.

𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷

FATIN menghentikan langkahnya apabila dia terserempak dengan mama mertuanya, Puan Azzahra. Orang tua itu turut terkejut apabila terpandang wajah yang paling dibencinya itu.

"Mama..." tegur Fatin agak gugup.

"Aku bukan mama kau." Dingin saja nada suara Puan Azzahra.

"Maafkan Fatin ma, Fatin banyak dosa dekat mama dan papa." Puan Azzahra hanya mendiamkan diri mendengar ucapan menantunya itu.

"Ampunkan dosa Fatin, ma. Tolong terima semula Fatin sebagai menantu mama dan papa," rayu Fatin dengan mata yang berair. Sungguh dia menyesali perbuatannya yang telah memisahkan suaminya dengan keluarga suaminya itu.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now