Nayraish | 52

40.7K 2.4K 447
                                    

"KAU masih cuti kan hari ni?" soal Aish sebaik sahaja mereka duduk di sofa ruang tamu rumah. Waktu percutian mereka sudah berakhir. Walaupun sederhana tetapi kenangannya bermakna bagi mereka.

"Haah masih." Nayra melentokkan kepalanya di bahu suaminya itu. Biarlah dia bermanja buat kali terakhir.

"Jom. Aku nak bawa kau jalan," ajak Aish memandangkan mereka masih berpakaian cantik.

"Pergi mana?"

"Jalan-jalan keliling kota pakai motorcycle."

"Motorcyle?" Nayra angkat kepalanya lalu menoleh ke arah Aish.

"Haah. Tak pernah naik ke?"

"Eh mestilah pernah tapi motorcyle awak tu tinggi. Tak jatuh ke?"

"Kalau tak nak jatuh, peluklah aku erat-erat nanti," kata Aish selamba. Ambil kesempatan dalam kesempitan!

"Okey jomlah sementara saya masih cantik ni."

"Setiap saat kau cantik lah, love." ujar Aish sambil mengusap lembut pipi isterinya.

"Eleh mengada kan." Semakin berbunga-bunga hati Nayra dibuatnya.

Mereka keluar dari rumah. Aish menghidupkan enjin motosikalnya. Helmet dipakai. Nayra yang masih tercegat di sebelah motosikal dipandang sekilas sebelum dia memakaikan helmet ke atas kepala isterinya itu.

"Alaa rosaklah awning tudung saya," rungut Nayra sambil mencebikkan bibirnya. Sebab nilah dia tak suka naik motor.

"Takpa, nanti aku betulkan."

"Erm buruk dah."

"You are still pretty no matter what, love." Mendengar pujian Aish, Nayra tersenyum suka. Romantiknya si suami!

Setelah memastikan helmet itu sudah selamat dipakai, Nayra naik ke atas tempat duduk belakang.

"Peluk kuat-kuat tau." pesan Aish sebelum dia memecut laju. Automatik tangan Nayra memeluk erat badan suaminya itu akibat takut.

"Janganlah laju sangat!" jerit Nayra agar suaranya menandingi bunyi angin.

"It's okay lah. Tak mati pun." balas Aish turut menjerit.

"Kalau mati juga macam mana?"

"Kita mati sama-sama lah.Kan romantik tu,sehidup semati." balas Aish selamba.

Nayra hanya mampu pasrah, memang tak kan menang jika berlawan mulut dengan Aish. Dia pun menikmati saja pemandangan sepanjang perjalanan mereka.

Aish tersenyum lebar, suka pula bila dipeluk begitu. Memang sengaja dia memandu laju supaya Nayra memeluknya erat. Ambil kesempatan dalam kesempitan lah katakan.

Beberapa minit kemudian, dia menghentikan motosikalnya di sebuah sungai cantik. The River of Life. Sungai itu hanya akan dihiasi lampu pada waktu malam.

Mereka turun dari motosikal dan membuka helmet masing-masing. Bangku menjadi tempat mereka labuhkan punggung. Aish membantu Nayra membetulkan awning tudungnya.

"Dah buruk kan," rungut Nayra agak geram.

"Masih cantik lah, love." puji Aish ikhlas sambil mengusap kepala Nayra yang tersarung tudung itu.

"Dah kenapa terlove-love ni?" soal Nayra agak pelik.

"Suka hati lah nak panggil apapun.
Nanti dipanggil babun, marah pula." Lembut saja nada suara Aish namun mampu mencairkan sesiapa sahaja yang mendengar.

"Hehe yelah. By the way, kenapa pergi sini waktu pagi? Takda apa yang nak ditengok pun." Nayra memandang sekeliling mereka, sunyi saja keadaan ketika itu.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now