Nayraish | 16

34.8K 2.4K 254
                                    

SETELAH makan tengah hari dan menunaikan solat Zohor, Nayra dan Aish bersiap sedia untuk pulang ke rumah keluarga Aish.

"Adel, jaga diri baik-baik tau. Jaga suami Adel dengan penuh kasih sayang. Jangan pernah melawan cakap suami tau." Sempat lagi Puan Azzahra berpesan pada anak perempuannya itu.

"Iya ma. Adel tahu."

"Tanggungjawab seorang isteri ni berat, nak. Semoga Adel tabah menjalani hari-hari yang akan datang. Walau apapun dugaan yang datang, Adel jangan pernah mengalah dalam rumah tangga ni tau." Mendengar pesanan sang ibu, Nayra tersenyum tipis. Dia juga berharap semoga rumah tangga ini akan kekal lama.

"Insya-Allah ma, doakan yang baik-baik untuk Adel tau."

"Ray, tolong jagakan anak papa ni. Jangan sakiti dia dan berikan kasih sayang yang secukupnya," pesan Tuan Ali kepada Aish pula.

"Baiklah, papa tak perlu risau. Ray akan jaga Nayra dengan baik." Aish senyum tipis.

"Kalau suatu hari nanti kamu tak mampu nak jaga dia, kamu pulangkan dia pada papa." Tajam tatapan Tuan Ali memberi amaran keras itu. Dia tak mahu anaknya disakiti.

"Ish abang ni, kenapa cakap macam tu?" tegur Puan Azzahra agak risau. Sepatutnya mereka mendoakan yang baik-baik saja.

"Abang cuma pesan sebab kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa yang akan datang." Naluri seorang papa lah katakan. Dia cuma rasa curiga kerana mereka berkahwin terburu-buru.

"Papa tak perlu risau, Adel boleh jaga diri sendiri," ucap Nayra sekadar menyedapkan hati papanya.

"Anak papa, kalau suami Adel sakiti Adel terus bagi tahu papa tau. Papa akan bagi pengajaran dekat dia," ucap Tuan Ali dengan nada gurauan.

"Adel yakin dia takkan pernah sakiti Adel."

"Kami balik dulu, ma, pa," pamit Aish lalu mereka bersalaman dengan Puan Azzahra dan Tuan Ali.

"Yelah hati-hati tau. Kirim salam dekat ibu kamu," pesan Puan Azzahra.

"Okey ma, pa. Adel pergi dulu, assalamualaikum." Nayra mengikuti langkah Aish ke dalam keretanya.

Tuan Ali mengeluh kecil. Berat hatinya ingin melepaskan anak daranya itu. Sebenarnya, dia kurang bersetuju dengan keputusan Nayra untuk berkahwin terlalu cepat kerana dia takut anaknya itu akan berubah.

"Kenapa abang?" soal Puan Azzahra hairan melihat riak wajah suaminya itu.

"Zahra yakin ke Ray ikhlas kahwin dengan anak kita? Kenapa abang langsung tak nampak tatapan cinta di mata dia?" Mendengar pertanyaan Tuan Ali, Puan Azzahra terdiam seketika.

Dia juga perasan menantunya itu langsung tak kelihatan bahagia di hari pernikahan mereka. Apatah lagi Aish pergi di saat tetamu masih ada. Memang pelik.

"Abang takut kalau mereka hanya kahwin paksa. Abang tak nak anak kita tersakiti." Tuan Ali meluahkan isi hatinya. Cukuplah sekali dia pernah membenci menantunya, jangan tambah Aish pula.

"Takdalah, bang. Kalau mereka tak saling cinta, mustahil mereka akan kahwin. Abang doakan jelah supaya anak kita bahagia dengan pilihan dia," pujuk Puan Azzahra walaupun dia tak yakin.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now