Nayraish | 18

34.6K 3.1K 904
                                    

AKIBAT terlalu bosan, Nayra mengambil keputusan untuk mengemas bilik tidur Aish. Dia menyusunkan buku-buku yang ada di atas rak almari kecil dalam bilik itu. Matanya beralih pada sebuah majalah yang menarik perhatiannya.

Majalah itu diambil lalu dibelek. Wajah model di cover depan majalah itu diperhatikan dengan lama. Macam kenal.

"Kau buat apa ni?" sergah Aish yang baru saja masuk ke dalam. Majalah terus dirampas dari tangan Nayra. 

"Siapa suruh kau sentuh barang aku?" Agak kasar nada suaranya tak suka akan tindakan Nayra.

"Saya cuma nak kemas bilik ni."

"Kalau nak kemas, kemas jelah! Tak payah nak usik barang aku," pesan Aish namun nada suaranya masih terkawal.

"Sorry..." ucap Nayra perlahan.

"Lepas ni, jangan sentuh majalah dan buku di kawasan rak ni." Aish meletakkan semula majalah itu ke tempat asalnya.

"Yelah."

"Esok aku dah start kerja. Kau duduk jelah diam-diam dekat rumah."

"Betul ke awak tak suruh saya kerja?" soal Nayra agak kecewa. Dia dah bosan setengah mati berkurung!

"Ya. Kalau kau nak keluar, bagi tahu aku dulu. Jangan mengada keluar sorang-sorang," pesan Aish berbaur ugutan. Dia cuma risaukan isterinya itu.

"Yelah. By the way, siapa model dekat magazine tadi tu?" Pertanyaan Nayra itu membuatkan Aish terdiam seketika sebelum dia mengubah topik perbualan.

"Sekejap lagi kita solat maghrib, pergilah ambil wuduk dulu."

Nayra mengerutkan dahinya hairan.
Jika dia tak salah pandang, muka model dalam majalah tu macam Aish. Aish ada kembar selain Ariq ke?

Seperti biasa, setelah menunaikan solat Maghrib mereka akan mengaji bersama-sama sementara menunggu waktu solat Isyak berkumandang.

Mereka masih lagi duduk di atas sejadah masing-masing selepas menunaikan solat Isyak. Rasa lebih tenang bila meluahkan segalanya pada Allah.

"Aish, saya nak tanya boleh tak?"

Aish memusingkan badannya menghadap Nayra. Sebelah kening diangkat tanda bertanya.

"Siapa perempuan yang awak cintai tu?" Nayra merenung ke dalam mata hazel milik suaminya itu. Dia sudah lama ingin tahu.

"Kenapa kau tanya?" soal Aish mendatar.

"Saya cuma tertanya-tanya macam mana orangnya... Dia girlfriend awak ke?" Dalam hati Nayra sudah berdebar-debar menantikan jawapan dari Aish.

"Tak. Dia cuma masa lalu aku tapi aku masih cintakan dia." Mendengar jawapan itu, Nayra tak tahu sama ada dia patut lega atau sebaliknya. Saingannya masa lalu suaminya itu.

"Kenapa awak cintakan dia?" Nayra ingin tahu walaupun hatinya akan terluka jika mengetahui kebenaran.

"Sebab dia satu-satunya perempuan yang mampu buka hati aku. Dia cinta pertama aku." Riak wajah Nayra berubah tegang. Kenyataan itu sangat menyakitkan.

"Dulu aku takut untuk menyayangi orang lain sebab aku benci kehilangan. Sebab tu, aku selalu jauhkan diri dari orang." Aish mula meluahkan perasaannya tanpa sedar. Mungkin kerana dia sudah selesa dengan Nayra.

"Then one day aku dipertemukan dengan dia. Pada awalnya aku nafikan perasaan cinta tu, tapi dia tak pernah mengalah untuk ambil hati aku. Lama-kelamaan aku pun makin jatuh hati dengan sikap dia dan rupa dia. Dia cantik tau macam bidadari." Aish tersenyum ketika membayangkan wajah perempuan kesayangannya itu.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now