Nayraish | 40

40.5K 2.4K 555
                                    

PADA malamnya pula, mereka membuat BBQ di tepi pantai. Tugas membakar diambil oleh para jejaka single iaitu Ariq dan Ziyad. Mereka hanya memanggang ayam, sosej dan tongkeng ayam.

Fadlin dan Harith pula mengumpul kayu bakar untuk menyalakan unggun api. Para wanita pula menyediakan jamuan seperti tadi. Mereka menyusun segala keperluan makan dan minum di atas tikar berkelah itu.

Aish masih lagi berada di dalam biliknya. Malas hendak keluar katanya tadi. Dia memang tidak suka berkumpul dengan orang ramai.

"Nay, kau pergilah panggil husband kau," suruh Alya apabila mereka sudah siap menyediakan semuanya.

"Dia tak nak," balas Nayra dengan malasnya.

"Alaa paksa jelah dia. Biar dia jaga api ni pula!" jerit Ariq yang sudah dipenuhi asap itu.

"Yelah jap."

Nayra berlalu pergi memasuki tempat penginapan mereka. Dia membuka pintu bilik, kelihatan Aish sedang berbaring sambil merenung siling bilik.

"Aish, jom keluar. Diorang semua dah ready nak makan," ajak Nayra sambil berdiri di tepi katil itu. Sedikit pun Aish tak menoleh padanya.

"Tak apa, korang makanlah tanpa aku."

"Mana boleh macam tu. Awak kena pergi juga." 

"Aku--" Tanpa membiarkan suaminya itu memberikan alasan, Nayra segera menarik tangan Aish untuk berdiri namun sedikit pun tidak bergerak.

"Badan kecik, ada hati nak angkat aku?" perli Aish sedikit terhibur. Dibiarkan saja Nayra memegang tangannya.

"Awaklah berat sangat!"

"Eleh cakap jelah kau lemah."

"Jomlah bangun." Nayra masih mencuba untuk menarik tangan Aish namun hampa. Tenaganya tidak sekuat tenaga suaminya itu.

"Cubalah kalau dapat."

Sekali lagi Nayra mencuba tetapi dia pula yang terjatuh.Kedua belah tangannya terletak elok di dada bidang suaminya itu.Mereka bertatapan mata seketika sebelum Nayra segera berdiri.

"Erm suka hati awaklah nak makan ke tak. Bye!" Seraya itu Nayra terus melarikan diri. Malunya!

Aish memegang dadanya yang terasa berdebar itu.Ada perasaan aneh yang mula menyelubungi dirinya.Perasaan apakah itu.Aish mengeluh seketika sebelum dia bangun lalu turut keluar dari bilik itu.

𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷

SETELAH makan malam, mereka berkumpul mengelilingi unggun api. Sejuk saja suasana malam itu. Nasib baiklah mereka memakai baju yang agak tebal. Fadlin dan Alya berpelukan bagi menghangatkan badan masing-masing.

"Bencilah aku tengok korang dua ni," kutuk Ariq sambil menjulingkan matanya ke atas.

"Jealouslah tu kan sebab takda orang nak peluk," perli Fadlin selamba.

"Kau memang sengaja nak cari pasal dengan aku ke bro?" Ariq membuat muka tidak berpuas hati.

"Taklah, aku nak join squad korang. Bolehlah jadi I5 Boys nanti," balas Fadlin selamba. Dia pun boleh tahan kacak juga.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now